Aduh, peritnya cabut gigi...!



Assalamualaikum....

Dalam dua minggu kebelakangan ini saya kurang sihat dan terpaksa mengambil cuti panjang. Maklumlah sekarang ini pun musim "gangguan kesihatan" tidak menentu. Salah satu gangguan kesihatan yang saya kena ialah sakit gigi.

Semasa artikel ini ditulis (Selasa, 12 Julai 2011), saya baru sahaja cabut gigi di Klinik Pergigian Tampin, Negeri Sembilan.  Mungkin ada yang akan bertanya kenapa di Negeri Sembilan sedangkan saya tinggal di Melaka?.  Ini kerana saya sedang bercuti di kampung saya di Melaka dan pekan yang paling hampir dengan kampung itu ialah di Tampin, Negeri Sembilan.  Kerana kesakitan yang berulang menyebabkan saya memberanikan diri untuk mendapatkan rawatan mencabut gigi.

Seingat saya kali terakhir membuat pemeriksaan gigi ialah semasa di sekolah menegah dalam tingkatan 3. Kalau cabut gigi pula semasa di sekolah rendah.  Kini saya merasai semula pengalaman yang "mengerikan" tersebut.  Sebelum dicabut, saya disuntik dengan bius pada gusi gigi bahagian bawah sebelah kanan dan kemudian diminta untuk tunggu seketika sementara bius berkenaan berkesan.

Apabila doktor gigi berkenaan memanggil saya, perasaan menjadi semakin risau. Tangan menggigil dan tubuh mengejang walaupun doktor dan jururawat meminta saya "melembutkan badan" dan jangan "melawan".  Ada yang kata jika cabut gigi di bahagian bawah kurang sakit, namun saya tetap merasai keperitannya. Bius yang disuntik seperti tidak memberi kesan dalam mengurangkan kesan kesakitan mencabut gigi. Ramai juga yang kata kualiti ubatan di klinik dan hospital kerajaan adalah dari jenis yang rendah mutunya.

Mengikut kata doktor, ada dua gigi yang perlu dicabut, namun hari ini hanya satu gigi sahaja yang dicabut kerana kesakitan mencabut satu batang gigipun tak tertahan rasanya, inikan pula kalau dua batang gigi.  Untuk mencabut sebatang lagi gigi yang buat masa ini belum lagi sakit mungkin mengambil masa yang lama untuk saya buat keputusan.  Sakit gila wooo.....

Related Posts:

  • Dua belas kebaikkan cium mulut Khasiat bercium dalam dunia kesihatan manusia. . . Ahli perubatan yang telah melakukan kajian yang berkaitan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, … Read More
  • Jenis makanan yang menyebabkan kita gemuk Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah mejadi hidangan biasa bagi masyarakat umum di Malaysi… Read More
  • Lima fakta kesihatan yang patut ketahuan Lima perkara umat Islam patut tahu berkenaan dengan fakta kesihatan yang mana telah diajarkan kepada kita dengan membuat amalan seperti berikut: 1. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kuran… Read More
  • 7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan Pelbagai "aktiviti sampingan" yang sering kita lakukan sama ada sedar atau tidak selepas makan.  Namun tahukah anda kesannya kepada kesihatan kita seandainya masih lagi tidak mengubah atau memberhentikan tabiat berke… Read More
  • 7 Sebab untuk TIDAK ketagih Slurpee Sebelum anda tergesa-gesa keluar pintu untuk membeli "salji berwarna", anda perlu tahu apa yang anda akan dapat untuk kesihatan anda kerana ia tidak sesedap yang difikirkan.  Berikut adalah dipecahkan anatomi Slu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan