Lirik lagu Kalau Berpacaran

Di sini saya sediakan lirik dan gambar penyanyi bagi lagu yang kian menjadi "halwa telinga" peminat muzik tempatan iaitu lagu "Kalau Berpacaran". Saya ada mendengar dua audio lagu ini dan saya dapati Altimet menyebut dua perkataan berbeza pada dua audio berbeza iaitu "sedia" dan "berani" bagi rangkap selepas "Berani buat terima padah..."

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia (berani)
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan