Salam sejahtera...
Apakah yang anda buat semasa berblog?. Maksud saya selain dari mengemaskini blog kesayangan anda... Bagi saya, saya akan berkaraoke dengan senarai 14 lagu yang terpilih mengikut "mood" semasa saya, di muka blog "Lagu dan Permainan"...
Selalunya saya akan bertabiat ( bukan bertarbiah tau ) begini bila petang-petang, waktu orang dah balik ke rumah dari pejabat ataupun waktu malam atau awal pagi apabila saya tidur di kedai saya. Bukannya takde rumah tapi kerana ada kerja yang nak disiapkan.