Iklan raya Aidufitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah




Assalamualaikum,

Pasti ramai antara blogger mahupun bloggie yang dah lihat iklan baru di stesyen tv yang banyak bersedekah dan menolong orang susah.  Namun yang anehnya, apakah motif yang tersirat disebalik cahaya yang keluar dari gambar beca, langsung ke luar tingkap.  Selepas itu membentuk imej beca dari jenis yang popular di Pulau Pinang. Ada pula seorang tua yang memanggil kanak-kanak lelaki untuk naik becanya.  Terdapat juga seorang budak perempuan di atas beca berkenaan.  Nak dijadikan cerita, kebetulan lalulah beca terbang ala-ala Santa Clous berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong serta berimejkan bulan di sudut sebelah kanan penonton.

Saya berpendapat bahawa ia mempunyai unsur-unsur khurafat dan syirik mahupun yang seumpama dengannya.  Ini juga menghina Islam kerana seolah-olah agama Islam sekarang sudah mengikut dan meniru budaya agama lain.  Amat jelas sekali iklan itu untuk perayaan suci umat Nabi Muhammad S.A.W yang membawa ajaran Islam yang tiada had harinya, bukannya iklan mempromosikan dakwah atau perayaan Kristian.

Ini boleh menjejaskan akidah orang Islam yang semakin layu dan leka dengan pelbagai slogan, apatah lagi kanak-kanak yang menonton iklan tersebut.  Apakah kerana ingin menunjukkan rakyat Malaysia bersatu serta menyahut seruan "1Malaysia", makanya pihak stesyen televisyen mengampu dengan membuat iklan yang memaparkan orang Islam menyatukan budaya agama lain ke dalam agama pilihan Allah S.W.T ini ?. Apakah banjir di beberapa buah negeri serta ribut di bazar ramadhan, perkarangan Stadium Jasin, Melaka tidak mendatangkan pengajaran pada semua lapisan masyarakat? Jangan kerana salah cara nak tunjuk kreatif, takut nanti mendatangkan"1Bala" atau "1Azab" pada negara kita. Bunga teratai  unsur popular dalam agama Buddha.  Kalau tak percaya, cuba tengok patung dewa di tokong, terutamanya "dewa quan yin" dan pelita dalam bunga teratai merupakan unsur agama Hindu.  Apa motifnya "mengacau dodol" dalam bunga teratai? Makanan dihidangkan juga dalam bunga teratai?.

Mungkin juga ianya ada unsur-unsur sindiran politik yang bertopengkan iklan perayaan.  Dapat khabar, mengatakan iklan ini bukan dibuat oleh pihak dalaman TV3 sendiri sebaliknya iklan dari produksi luar yang kerap bekerjasama dengan TV3 (Media Prima).  Yang paling penting siapa yang jadi "kepala" membenarkan iklan begini diluluskan? Dan siapakah pengarah video iklan yang telah membuat video yang penuh provokasi ke atas umat Islam?  Ini soal kepentingan dan imej agama, bukannya alat politik sesiapapun.  Walauapapun alasan, kenapa perlu marah pada orang yang cuba mempertahankan agamaNya?

Lain pula halnya di mana YB yang merupakan seorang berbangsa Cina, bukan Islam masuk ke dalam surau dengan memakai baju serta kain panjang untuk memberi penerangan mengenai kemajuan dan gerak kerja yang dijalankan oleh kerajaan negeri.  Dengar cerita dari orang di negeri berkenaan, ia mendapat persetujuan dari para kariah surau berkenaan.  Ada juga salahnya ajk surau itu kerana terlepas pandang dengan situasi yang sentiasa dicari-cari oleh seteru politik parti tertentu untuk dimanipulasikan dengan rencah pedas yang jahat dan tidak memberi kain penutup rambut pada YB itu, tetapi apahalnya dengan isteri-isteri VVIP, VIP serta ketua pergerakkan sayap parti tertentu yang beragama Islam yang masuk masjid / surau memakai selendang sahaja tapi nampak rambutnya, telinga serta baju yang ketat, ada juga yang baca AlQuran tapi baju berlengan jarang. Siap lagi dengan guna surau untuk jadi tempat solek pertunjukkan solekkan pengantin, yang juga terlibat orang kafir dalam persiapan solekkan itu.

Jangan kerana yang menganjurkan majlis itu berlainan puak dengan pemerintah, terus aje nak ikut hukum agama dan menidakkan kesalahan yang serupa oleh isteri para pemerintah dan suku sakat mereka?. Kenapa tak bermuzakarah secara terangan mengenai isu berat sebelah ini?  Jika bermuzakarahpun, jangan cari ahli agama yang mempunyai kepentingan politik dan yang gunakan agama untuk pekerjaan. Kenapa pula bila tiba tuduhan ke atas orang Islam dari "puak" berbeza tidak ikut undang-undang serta mahkamah Islam?

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan