Salam sejahtera,
Saya memeriksa di enjin carian Google berkenaan dengan laman web Gengblogger dan ini yang saya dapat :
Cuba perhatikan pada gambar di atas pada bahagian yang saya tandakan dengan garis hitam. Ini menunjukkan bahawa laman web Gengblogger masih lagi menghadapi masalah malware. Ada pihak yang menyarankan bahawa semua laman web atau blog perlu membuang sebarang bentuk pautan dari laman web / blog mereka ke laman web Gengblogger kerana dikuatiri masalah tersebut akan memberi kesan negatif pada proses "index" dari Google, Yahoo ataupun mana-mana enjin carian yang lain.
Ini boleh menjejaskan aliran trafik ke laman web / blog masing-masing. Saya menyarankan pada rakan-rakan sekalian pada yang belum berbuat demikian agar segera membuang pautan (link) pada laman web Gengblogger.
Yang menjadi persoalannya, masalah ini berlaku selepas berita komuniti Gengblogger yang membuat perjumpaan ahli disiarkan dalam surat khabar Kosmo. Adakah masalah berlaku kerana hasad dengki pihak tertentu sama ada dari luar atau dalaman komuniti Gengblogger? Sampai bila masalah ini akan berakhir? Apakah tindakkan yang diambil oleh "admin" Gengblogger? Setakat ini mereka hanya senyap sahaja, tiada sebarang maklumbalas yang dikeluarkan oleh "kepala" Gengblogger pada ahli komuniti ini...