SukMa ( Sukan Malaysia ) ke 13 secara rasminya akan bermula esok iaitu 10 Jun 2010 dan tamat pada 19 Jun 2010. Namun ada acara telahpun bermula seperti bola sepak. Dengan itu, kebanjiran para ahli sukan dan pegawai pengiring ke Melaka dari seluruh Malaysia menunjukkan keharmonian dan keamanan yang dimiliki negara kita, di mana rakyatnya dapat melakukan pelbagai aktiviti tanpa rasa ragu akan ancaman keselamatan.
Dalam kesibukkan ahli sukan mahupun mereka yang terlibat dalam penganjuran temasya sukan ini, jangan lupa menunaikan tanggungjawab anda untuk bersolat. Alasan kesibukkan kerja tidak boleh diterima kerana itu adalah alasan yang dibisikkan oleh "sifat malas" dan suka bertangguh-tangguh. Tiada apa yang lebih penting melainkan solat 5 waktu.
Usaha serta kejayaan anda dalam SukMa lebih bermaknya sekiranya anda selaku atlit beragama Islam dapat menyempurnakan solat dengan baik. Maka dengan itu, insya Allah segala yang dikerjakan oleh anda serta pasukan negeri masing-masing mendapat keberkatan Allah S.W.T...
Tiada kejayaan yang lebih bermakna melainkan solat ada bersama dengannya...