Kurangkan kos pada masa yang sesuai

Assalamualaikum...

Sememangnya dalam perniagaan, kita memerlukan semangat dan fikiran yang luar biasa dari mereka yang makan gaji.  Cabaran yang dihadapi berkali-kali ganda dari mereka yang tidak berniaga.  Sekiranya mereka yang berniaga cuma ikut-ikutan sahaja, kemungkinan besar mereka ini tidak akan bertahan atau meneruskan perniagaan yang diusahakan apabila menghadapi masalah dan kesukaran.

Minat dan kesungguhan perlu ada dalam setiap perkara yang kita usahakan.  Jika tidak, seseorang itu akan mudah mengalah apabila menghadapi kesukaran dalam perniagaan.  Sekarang sudah masuk tahun kedua saya membuka kedai di Kompleks Hang Tuah, Melaka.  Hampir melepasi "3 tahun sumpahan" bagi usahawan-usahawan yang baru dalam dunia perniagaan.  Jika nak diikutkan, syarikat saya sudah berusia lebih dari tiga tahun, tapi tahun awalnya saya memulakan perniagaan di rumah.

Bulan Julai nanti saya perlu membuat keputusan penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat saya di premis yang disewa dari MARA Melaka.  Saya terpaksa mengorbankan salah satu perkhidmatan syarikat saya bagi mengurangkan kos operasi.  Pada fikiran saya, ianya lebih baik dari pada terus mengalah dengan cabaran yang datang.

Berniaga ini bukan mudah untuk berjaya.  Kita kena tempuhi ranjau berliku, kesusahan yang berangkai sebelum mencapai kegemilangan dan kenikmatan dalam perniagaan.  Sekiranya ini dapat dilakukan, maka ianya telah menepati maksud tersirat yang ada dalam perkataan keramat iaitu "USAHAWAN".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan