Tika ini saya berada di persimpangan dalam usahaniaga yang sedang saya jalankan. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak meyakinkan serta perubahan suasana masyarakat hari ini membuatkan saya berfikir sejenak sama ada mahu meneruskan hasrat untuk membuat pinjaman perniagaan ataupun tidak.
Harga barang semakin naik, terlangsungnya diikuti dengan kenaikkan caj perkhidmatan. Adakah nanti sampai masanya harga gula sekilo gram akan mencecah harga RM10.00?. Selepas ini apakah kita satu Malaysia akan mendengar berita mengenai keluarga yang makan cicak rebus, lantaran kenaikkan harga bahan makanan...? Apakah nanti di Malaysia akan mengalami kepupusan spesis biawak?
Persoalan yang sukar dan perit untuk dijawab...