Transit Aliran Automatik di Putrajaya - Percuma selama tiga bulan


Tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga bulan, telah bermula di Putrajaya pada 13 Mei hingga 31 Julai 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila semak jadual laluan dan masa perkhidmatan ART di Putrajaya dari masa ke semasa melalui Facebook Page "Perbadanan Putrajaya" .










Maklumat :
• 
Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan kenderaan bergerak secara automatik di atas landasan tetap. 

ART biasanya beroperasi dalam kawasan bandar yang padat dengan menggunakan teknologi pengendalian automatik tanpa pemandu.

#art
#MalaysiaMadani
#putrajaya
#putrajayamalaysia
#putrajayamempesona
#sistempengujianART

Kredit : Perbadanan Putrajaya ( Facebook )

Perubahan hari operasi PJ Night Car Boot Sale April 2024

 


Berikut adalah tarikh-tarikh penting waktu operasi PJ Night Car Boot Sale, menjelang musim Hari Raya Aidilfitri 2024 :


Minggu Terakhir Sesi Jualan Ramadhan PJNCBS

• Jumaat, 05 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.

• Sabtu, 06 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.


Minggu Cuti / Tiada Jualan PJNCBS

• Jumaat, 12 Apr 2024 (Tutup)

• Sabtu, 13 Apr 2024 (Tutup)


Minggu Baru Sesi Jualan Syawal PJNCBS

• Jumaat, 19 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.

• Sabtu, 20 Apr 2024 @ 8 Malam - 12 Tengah Malam.


Perbezaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan

 

Tahukah anda Cukai Perkhidmatan merupakan salah satu daripada dua jenis cukai yang merangkumi SST (sales and service tax)?

Penting untuk kita ketahui bahawa perubahan kadar cukai baru-baru ini hanyalah melibatkan Cukai Perkhidmatan (service tax) dan bukan Cukai Jualan (sales tax).

Kami kongsikan perbezaan antara Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. 


#Belanjawan2024 #Malaysiamadani

ISU PEMPENGARUH TULAR DI MEDIA SOSIAL KETIKA MENCIUM HAJARUL ASWAD

 


1. Mencium Hajarul Aswad adalah SUNAT hukumnya sahaja. Ia tidak dituntut sekiranya perlu berasak-asak dan membahayakan diri sendiri dan orang lain.

2. Amalan ibadat sepatutnya dilakukan dengan fokus demi mencari redha Allah dan didasarkan ilmu.

3. Kepada semua pempengaruh media sosial, perlu tahu batasan dalam kehidupan kita ini, ada perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum dan ada juga perkara yang tidak perlu dipertontonkan. Juga elak dari mendatangkan FITNAH kepada mana-mana pihak semata-mata demi populariti.



• YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali ke 68



20 FEBRUARI 1956, Tunku Abdul Rahman sekembalinya dari London selepas perundingan dengan pihak British, telah mengumumkan secara rasmi di Padang Pahlawan Banda Hilir bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 

Selepas 68 tahun, Melaka meraikan ulang tahun tarikh keramat ini yang menjadi detik penting dalam sejarah Malaysia dengan mengumumkan Cuti Umum Negeri Melaka . 

Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita meriahkan HARI ULANG TAHUN PENGISYTIHARAN TARIKH KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU KE-68 pada : 

🗓️ 20 Februari 2024 (Selasa) 
⏰ 7:30 malam
📍 Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan , Banda Hilir 

🎉 Perarakan Mengimbau Sejarah
🎉Malam Aneka Warna - Teater Muzikal 
🎉 Edaran Baucer E-wallet RM20 seorang (terhad 2,000 orang) 

👚era 50-an 

Jom hidupkan kisah lama, kita cipta kenangan baru 

MANA LAGI? MELAKA LER... 

#VisitMelaka2024

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan