1. Mencium Hajarul Aswad adalah SUNAT hukumnya sahaja. Ia tidak dituntut sekiranya perlu berasak-asak dan membahayakan diri sendiri dan orang lain.
2. Amalan ibadat sepatutnya dilakukan dengan fokus demi mencari redha Allah dan didasarkan ilmu.
3. Kepada semua pempengaruh media sosial, perlu tahu batasan dalam kehidupan kita ini, ada perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum dan ada juga perkara yang tidak perlu dipertontonkan. Juga elak dari mendatangkan FITNAH kepada mana-mana pihak semata-mata demi populariti.
• YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)