Kursus komputer jangka pendek di Kuala Lumpur dan Selangor

Program ini direka bagi membantu anda memperolehi asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dengan kos yang berpatutan dan belajar dalam keselesaan rumah peserta sendiri.

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep bimbingan peribadi (personal coaching) khusus untuk mereka yang :

  1. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  2. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah

Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan buat masa ini (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :

1 ) Kursus Asas Komputer

- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit ?. 

Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang ?.  

Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu ?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.

SILA HANTAR MESEJ MELALUI WHATSAPP UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KAWASAN ANDA BOLEH DIDATANGI PENGAJAR ATAU TIDAK DAN UNTUK MENEMPAH TARIKH BELAJAR

Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023

Kursus komputer jangka pendek di Negeri Sembilan

Malaysia vs Kyrgyzstan • World Cup Qualification Asia ( second stage, group D ) - 16/11/2023

Malaysia menentang Kyrgyzstan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 pada tarikh 16 November 2023, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan dijangkakan orang ramai akan hadir untuk perlawanan itu, yang juga dijadikan sebagai perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2027.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

MALAYSIA 4 - 3 KYRGYZSTAN
7' - Dion Cools ( Malaysia )
42' - Kayrat Zhyrgalbek Uulu ( Kyrgyzstan )
44' - Ernist Batyrkanov ( Kyrgyzstan )
58' - Kai Merk ( Kyrgyzstan )
72' - Khristiyan Brauzman (gol sendiri untuk Malaysia)
77' - Dion Cools ( Malaysia )
90'+3' - Faisal Halim ( Malaysia )

Hukum melukis Kolam / Rangoli pada umat Islam

Perayaan Deepavali merupakan suatu perayaan yang dianjurkan oleh agama Hindu. Ini bererti ia bukan perayaan yang berasaskan kepada budaya masyarakat sesuatu bangsa, sebaliknya ia perayaan yang berasaskan anutan agama tanpa mengira apa jua bangsa yang menganutnya. Perayaan dalam sesebuah agama pula merujuk kepada ritual atau amalan tertentu yang dilakukan demi meninggikan syiar atau perlambangan sesebuah agama.

Mengenai Kolam atau Rangoli ia didapati telah wujud dalam tradisi agama Hindu sejak sekian lama. Bukti pertama ia terdapat dalam kesusasteraan Hindu adalah antara 50-400 Masihi di dalam kitab Kama Sutra oleh Vatsyayana yang disebut sebagai tndulkusumvlidikara. (Lihat History of the Rangavalli (Rangoli) Art – Between C. A. D. 50 and 1900, m. 241).

Merujuk kepada Kolam, ia pada asalnya merupakan sebahagian daripada upacara keagamaan yang terdapat dalam perayaan Deepavali. Deepavali atau Divali dalam agama Hindu dikenali sebagai perayaan lampu dan dikaitkan dengan warna yang terang dan bercahaya. Bunga api yang berwarna-warni akan dipasang di seluruh kampung, bandar dan kota raya. Dalam perayaan tersebut, cahaya lilin akan menyinari sekitar rumah, pelbagai manisan akan disediakan dengan jumlah yang banyak, bertukar hadiah dilakukan dan amalan membuat Rangolis yang berkaitan langsung dengan perayaan ini.

Hukum jika umat Islam melibatkan diri dalam menghasilkan Kolam atau Rangoli

HARAM 

• melukis Kolam atau Rangoli dengan corak yang merujuk kepada dewa-dewi, mantra-mantra dan juga bermatlamatkan pemujaan dalam agama Hindu;

MAKRUH 

• terlibat dalam pertandingan atau aktiviti melukis Kolam atau Rangoli pada atau sempena musim perayaan keagamaan seperti Deepavali kerana dikhuatiri mempunyai unsur mengangkat syiar agama lain secara tidak langsung dan menyerupai sebahagian perbuatan ritual agama;

DIBOLEHKAN (HARUS) 

• melukis dengan penggunaan teknik pembuatan Kolam atau Rangoli yang dibuat pada selain hari-hari kebesaran agama Hindu dan dengan motif yang tiada kaitan dengan pemujaan dan keagamaan, seperti tumbuh-tumbuhan, bunga atau lakaran kartun. Ini seumpama Kolam yang dilukis dengan motif patriotik pada hari sambutan kemerdekaan negara dan seumpamanya.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman Islam yang benar demi menjamin penerimaan segala amal ibadah kita di sisi-Nya. Wallahu a’lam.

Kredit :

• Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ( artikel asal >  https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2735-al-afkar-22-melukis-kolam-rangoli-bagi-umat-islam )

• The Capital Post ( gambar > https://www.capitalpost.com.my/kolam-digital-kaedah-pembelajaran-menyeronokkan-mengenai-deepavali )

Shamsul Bakhtiar Zakaria meninggal dunia

Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam, pukul 9.17 malam, 8 November 2023. 

Penyanyi berusia 53 tahun itu disahkan menghidap barah hati genap seminggu lalu selepas mengalami sakit perut yang kronik serta sesak nafas.

Sebelum ini, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.

Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Raja Klang untuk solat jenazah pagi esok dan dikebumikan sebelum Zuhur. 

#jinbara #tia #shamsulbakhtiarzakaria

Kredit : KOSMO! ONLINE

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan