Panduan menjalankan perniagaan "food delivery"


Sesiapa yang berhajat nak memulakan perniagaan jualan makanan dari rumah berserta penghantaran atau baru bermula, maka anda perlu memiliki segera panduan ini. Yang dah berkedai pun boleh juga memiliki panduan ini sebagai rujukan bagi "back up" bisnes anda yang sedia ada.

Berniaga biarlah dengan berilmu agar perniagaan yang dijalankan ada sasaran yang tepat.

Klik pautan laman sesawang di bawah :

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=5140_77_1_350

Anda nak tahu kadar zakat fitrah di Melaka dan bayar secara online ?

Assalammualaikum WBT dan Salam Ramadan Al-Mubaraq.

Kadar zakat fitrah di Melaka ada 2 kadaran yang telah diputuskan oleh JawatanKuasa Fatwa Negeri Melaka iaitu RM7 atau RM14.



Anda juga boleh buat bayaran fitrah atas talian (online) seperti di pautan link ini : https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
   
Semoga Allah SWT memberkati segala amal ibadah saudara/saudari dan sentiasa di bawah perlindungan, rahmat serta kasih sayang Nya. InsyaAllah.. Amiin.

Mohon share info ini pada rakan-rakan anda. Terima Kasih.

#SalamRamadan
#DudukDiRumah
#KitaJagaKita
#MelakaMestiMenangCOVID19
#ZakatBersihJiwaSuciHarta #urutantanjungrimaudalam

Virus bertahan 9 hari dalam pengangkutan awam


Saintis telah mendapati wabak Coronavirus (COVID-19) mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga sembilan hari.

Memetik laporan agensi berita Mirror, permukaan yang mempunyai potensi jangkitan adalah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan sebagainya.

"Saintis telah mendapati koronavirus boleh bertahan selama sembilan hari pada tombol pintu dan besi pemegang dalam kenderaan awam.

"Permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti di hospital juga mempunyai potensi jangkitan tinggi," tulis sumber.

Menurut kajian terbaru di Jerman, koronavirus mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa pada sesuatu permukaan yang telah disentuh.

Namun begitu, virus boleh dihapuskan jika semua permukaan tersebut dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Orang ramai  boleh mengambil langkah pencegahan dengan sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan kebersihan tangan.

Kredit :
- Astro Awani

21 Pesanan penting dari Ebit Lew


Ustaz Ebit Lew membuat amal kebajikan secara terang-terangan kerana beliau menguruskan dana dari sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, yang turut dinaungi oleh beliau.

Dengan rakaman video dan gambar, ia dianggap sebagai bukti perbelanjaan dari duit hasil sumbangan berkenaan. Maka dengan itu para penyumbang akan berasa lebih yakin dengan ketelusan gerak kerja pengurusan dana berkenaan.

Namun ada juga orang yang digelar ustaz tapi dengan mudah mencerca dan menjatuhkan hukum secara kepada usaha Ustaz Ebit Lew ini. Persoalannya kenapa sebelum ini tidak pula diperhatikan keculasan dalam pengurusan dana Yayasan Akal Budi dan juga skandal kewangan dan kleptokrasi terbesar dunia iaitu 1MDB ?

Di bawah ini merupakan antara nasihat yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Ebit Lew apabila menyantuni rakyat yang miskin :

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya.

Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah.

Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

» Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew «

Spongebob dan Patrick berbaju Melayu, bersampin ucap selamat berpuasa


Watak kartun popular SpongeBob Squarepants tidak ketinggalan mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia.

Lebih menarik, menerusi akaun Twitter animasi dari Amerika Syarikat itu, SpongeBob dan rakannya Patrick Star tampil memakai baju Melayu - masing-masing berwarna merah dan hijau - serta lengkap bersamping dan memakai capal.

“Selamat menyambut Ramadan kepada semua,” ciap akaun Twitter tersebut.

Gambar itu turut menyertakan kain rentang yang memaparkan tulisan "Ramadan Mubarak".

Melalui semakan Malaysiakini setakat petang kelmarin (23 April 2020), ciapan tersebut memperoleh lebih 170,000 ulang ciap dan lebih 300,000 tanda suka.

Imej SpongeBob dan Patrick berbaju Melayu itu ternyata mengundang reaksi positf sejumlah pengguna Twitter di negara ini.

“Baju Melayu + samping = Malaysia,” ciap @fxkhrudeen.

Pengguna akaun @_Meen_Meen_ pula memuji ucapan berkenaan selain menyifatkan kedua-dua watak tersebut sebagai menarik.

“Terima kasih Patrick dan SpongeBob, kamu berdua nampak comel,” ciapnya.


Kredit : Malaysiakini

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan