Biodata Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew


Di dalam detik wabak Covid 19 yang membadai Malaysia serta kebanyakkan negara lain di dunia, ada insan yang begitu amanah memyampaikan bantuan keperluan harian dan peralatan kepada keluarga atau individu yang fakir dan miskin di Malaysia.

Namun ada cerah pasti ada yang mendung, yang putih pasti ada yang hitam. Perbuatan baik yang dilakukan oleh insan yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew telah disalah erti oleh beberapa orang termasuklah dari kalangan ustaz atau ahli agama (tak pernah saya tahu pun kewujudan mereka selama ini).

Di bawah ini merupakan beberapa info ringkas pengenalan tentang Ustaz Ebit Lew :


BIODATA

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama : Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :

» SK Bukit Ridan (1991-1996)
» SMK Muadzam Shah (1997-1999)
» SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
» SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
» Universiti Putra Malaysia (UPM)


Apakah status waktu Imsak di bulan Ramadan?


Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana boleh membatalkan puasa.

Selesaikanlah sahur sebelum masuknya waktu, iaitu sebelum azan subuh agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta.

#jakim
#ramadankareem
#Ramadan2020
#StayAtHome
#kitateguhkitamenang
#KomunikasiKita #urutantanjungrimaudalam

Ejen Minyak Herba Asli Afizar SB di Melaka


URUTAN - Tanjung Rimau Dalam merupakan ejen jualan Minyak Herba Asli (Serai Wangi) Afizar SB di Melaka.

Minyak Herba Asli (Serai Wangi) Afizar SB dirumus dengan resipi tradisional oleh YDP guru utama silat dari Melaka untuk kegunaan ketika :

- lenguh dan sengal kaki, tangan serta badan
- pening kepala
- pesakit lumpuh dan stroke

#minyakherbaasliafizarsb #seraiwangi #minyakurut

Ingkar arahan kuarantin, pesalah dikurung dalam rumah berhantu


Bosan dengan sikap sesetengah pihak yang enggan patuh pada arahan kuarantin, seorang ahli politik di Sragen, Jawa Tengah, Indonesia memutuskan untuk menghukum mereka dengan meletakkan pesalah di rumah berhantu, lapor AFP.

Bukan 'rumah hantu' yang di taman tema, tetapi lokasi bangunan terbengkalai yang dipercayai didiami entiti mistik yang ditakuti masyarakat setempat.


Yuni Sukowati mengeluarkan arahan itu minggu ini susulan kemasukan orang ramai secara besar-besaran ke daerah Sragen selepas Jakarta dan kota-kota besar lain ditutup.

Bagaimanapun ada dalam kalangan penduduk yang baru tiba itu tidak menghormati arahan kuarantin selama 14 hari untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Sukowati mengarahkan rumah-rumah lama dan terbengkalai digunakan sebagai penjara untuk menempatkan golongan yang degil ini.

Di Indonesia, rumah-rumah seperti itu sering dikaitkan dengan fenomena mistik.

"Jika ada rumah kosong dan berhantu di kampung, letak dan kunci mereka di dalam," kata Sukowati kepada AFP ketika ditanya mengenai peraturan itu.

Antara yang menerima hukuman itu ialah Heri Susanto.

"Setakat ini saya belum terserempak dengan hantu.

"Tetapi kalau terjumpa, tak boleh buat apa-apa," kata Susanto, yang berasal dari pulau Sumatera.

"Saya sedar ini adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai. Ini pengajaran untuk saya."

AMARAN : WhatsApp Gold Mengandungi Malware


Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mesej yang menawarkan untuk memuat turun WhatsApp Gold serta amaran berkenaan pengeluaran video bertajuk ‘Gambarelli’ yang dipercayai mengandungi virus.

Berdasarkan penelitian dan semakan pihak MCMC, mesej yang ditularkan merupakan mesej yang dikitar semula sejak Mei 2016 seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun UK.

Menurut The Sun, mesej asal menawarkan kononnya WhatsApp Gold mempunyai ciri-ciri kelebihan seperti panggilan video, penghantaran gambar sehingga 100 keping gambar dalam satu masa serta pemadaman mesej yang telah dihantar dalam masa beberapa jam.

Pengguna akan terima pautan yang meminta pengguna untuk memuat turun WhatsApp Gold, yang kemudian akan membawa pengguna ke satu laman web yang mengandungi perisian hasad (malware).

Mesej tersebut dipercayai telah diolah saban tahun dan disertakan amaran berkenaan video “Gambarelii/ Martinelli” yang turut mengandungi virus. Namun tiada bukti bahawa wujudnya video tersebut.


Kredit : sebenarnya.my

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan