Amaran angin kencang dan ribut petir


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka bermula Jumaat ini, 27 Mac 2020.

METMalaysia dalam kenyataan tersebut berkata, cuaca yang tidak menentu itu berlaku dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

"Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 27 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei ini. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 24 Oktober tahun lalu.

"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh".

Dalam tempoh itu juga katanya, kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan METMalaysia melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial.

Kredit : MOHD AZLIM ZAINURY | 25 Mac 2020 (Sinar Harian)

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan

Saya menonton siaran langsung perutusan Perdana Menteri melalui RTM Mobile

25 Mac 2020 - Melalui satu siaran langsung di tv1, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020 kerana terdapat keperluan bagi negara untuk melanjutkannya lantaran terdapat kesan positif terhadap penurunan jumlah pesakit baharu yang dilaporkan selain daripada menjejaki sejumlah individu dari beberapa kumpulan keagamaan yang membuat perhimpunan sebelum ini.


Selain itu YAB Perdana Menteri turut menyatakan bahawa pihak kerajaan akan menyediakan plan prihatin rakyat yang baharu sebagai tambahan kepada plan rangsangan ekonomi yang sedia ada bagi membantu kehidupan rakyat serta ekonomi negara pada masa getir ini. Pengumuman dijangka akan dibuat pada hari Jumaat ini (27 Februari 2020).

Wabak Covid 19 : Thailand isytihar darurat selama sebulan


Thailand akan mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula Khamis ini, 26 Mac 2020 sebagai langkah menangani penularan wabak virus COVID-19 di negara itu.

Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-o-cha berkata Kabinet hari ini telah bersetuju untuk melaksanakan perintah darurat itu dan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian. Setakat ini, sebanyak 827 kes COVID-19 dengan empat kematian direkodkan di Thailand.

- BANGKOK, 24 Mac 2020, Selasa

Sumber :  BERNAMA

JANGAN guna glove jika.....


Tolong jangan guna glove dengan alasan mencegah virus corona!

Virus corona bertahan 8 jam pada glove anda, melainkan anda tukar glove secara kerap, anda sebenarnya sedang merebakkan virus corona tanpa anda sengajakan.

Di hospital terdapat "clinical waste bin" untuk para petugas kesihatan membuang glove mereka, oleh itu penyebaran virus boleh dikurangkan, tapi orang awam akan membuang glove ke dalam tong sampah biasa, dan boleh tercontact dengan orang yang mengangkat atau menguruskan sampah, tidakkah anda rasa itu akan menyebabkan penyebaran virus yang lebih rapid?

Pemakaian glove akan membuatkan anda tidak melakukan hand sanitizing dan handwashing, tolong jangan ikut tindakan artis yang tidak bertauliah dan tidak berpengetahuan dalam bidang kesihatan untuk mencegah virus corona!

Dengar nasihat, cuci tangan dengan kerap dan duduk di rumah!

STOP CARI GLOVE!

Kredit  :
- Addena Dzakwan

- Nur Syafa Addina,
Ahli Farmasi Berdaftar
RPh 16249

#SHARE_biarramaiyangtahu
#sharingis_CARING #urutankakitanjungrimaudalam

Portal sahih untuk rujukan maklumat terkini Covid 19


Memandangkan banyak maklumat yang salah mengenai pandemik COVID-19 yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, penyelidik di seluruh dunia berusaha untuk menyalurkan fakta yang tepat mengenai wabak baharu ini.

Masih ramai yang belum mengetahui bahawa terdapat pasukan penyelidikan yang diketuai Malaysia, diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk hasil kerja mereka mengenai CoronaTracker iaitu platform sehenti untuk data dan berita berkaitan COVID-19.

Tracker adalah projek berasaskan komuniti bermula dengan pembabitan seramai 400 sukarelawan di seluruh dunia terdiri daripada saintis data, pengamal perubatan profesional, pereka user interface/user experience (UI/UX), full stack developers (pembangun web) serta orang awam dan sehingga kini mempunyai lebih 1800 sukarelawan.

Laman webnya, https://www.coronatracker.com, bertindak sebagai portal untuk orang ramai mengetahui perkembangan berita terkini mengenai COVID-19 serta mengumpul data untuk analisis lanjut.

Pasukan yang diketuai Fairoza Amira Hamzah, 29, menghasilkan kertas penyelidikan bertajuk “CoronaTracker: Analisis Data dan Ramalan Wabak COVID-19 di seluruh dunia”, bertujuan untuk membuat ramalan mengenai kes COVID-19, kematian dan pemulihan melalui model ramalan dan menguraikan pola mengenai sentimen orang awam berkaitan penyebaran maklumat kesihatan.

Selain Fairoza, pasukan itu turut dianggotai penyelidik berbakat iaitu Lau Cher Han, Hafeez Nazri, Dominic Vincent Ligot, Lee Guanhua, Tan Cheng Liang, Mohammad Khursani Mohd Shaib, Ummi Hasanah Zaidon, Adina Abdullah, Chung Ming Hong, Ong Chin Hwee, Chew Pei Ying dan Roland Emmanuel Salunga.

Anak kelahiran Tangkak itu menyatakan sejak hari pertama, pasukan tersebut melakukan semuanya secara online, menggunakan pelbagai platform seperti Trello untuk menjejaki setiap tugas, Slack untuk berkomunikasi antara satu sama lain, Telegram untuk berkomunikasi dengan orang awam, GitHub untuk berkongsi kod, Google Drive untuk berkongsi dan menyimpan data, Zoom untuk mesyuarat dalam talian serta Amazon Web Services (AWS) dan Netlify untuk menyimpan data.

“Maklumat kami boleh dipercayai kerana sumber disahkan sebelum dimasukkan ke dalam laman web dan dikongsi dengan orang ramai.


“Dalam fasa pertama, kami bermula dengan mengumpulkan berita dari Malaysia, CNN, BBC dan Tencent, diikuti mendapatkan data dari Johns Hopkins University, WHO dan berita pelbagai bahasa dari Jepun, China, Malaysia, Vietnam, Itali dan lain-lain,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Sains Maklumat dan Kejuruteraan Kawalan dari Universiti Teknologi Nagaoka, Jepun, berkata kerja keras selama dua bulan bermula 25 Jan lepas berbaloi apabila kertas penyelidikan mereka diterbitkan dalam buletin online WHO di https://www.who.int/bulletin/online_first/20-255695.pdf pada 19 Mac 2020.

Fairoza berkata pasukan itu akan meneruskan fasa kedua penyelidikan iaitu mereka merancang untuk mengkaji cara membendung penularan pandemik itu dengan mengkaji pelaksanaan pemulihan setiap negara dan faktor yang mempengaruhi penularan wabak tersebut.

Memandangkan COVID-19 terus merebak ke seluruh dunia, pasukan itu meramalkan penyelidikan mereka akan memasuki fasa ketiga dan keempat.

Mengimbau kembali, Fairoza berkata ia bermula dengan hantaran Lau di Facebook pada Januari yang memulakan usaha pasukan itu untuk menyediakan data yang boleh dipercayai untuk disalurkan kepada orang ramai.

“Saya lihat hantaran Lau dalam Facebook untuk kumpulan pereka UI/UX dan saya memutuskan untuk menyertai beliau.

“Pada mulanya saya begitu teruja untuk mengetahui apakah yang beliau cuba bangunkan dan apakah situasi semasa dalam data komuniti sains Malaysia. Kemudian dia minta saya mengetuai pasukan penyelidikan di sini, dan bermula dari situlah saya terlibat secara aktif,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan peribadi beliau mengenai pandemik ini, Fairoza berharap orang ramai dapat memainkan peranan mereka untuk memerangi COVID-19 bersama-sama, supaya wabak ini dapat berakhir secepat mungkin.

-- BERNAMA

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan