Gadis jiran sebelah rumah ajak main


Kisah ini adalah perkongsian pengalaman seorang pemuda di perantauan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di bandar besar Malaysia.

Diharap kisah ini menjadi garis pengajaran dan panduan untuk anak muda berdikari dan menjaga diri apabila tinggal berjauhan dari keluarga.


 ***********************************


Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekonomi Malaysia agak lembab.


Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur. Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman2 yg lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.


Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil dengan 3 orang anaknya. Yang bungsu 3 tahun, kedua 12 tahun dan yang sulung anak gadisnya, berusia 18 tahun. Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yang sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah-celah tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil "Yati!!!!", lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, "ya, mak!!!".


Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya khabar dan berbual-bual mesra.


Satu hari dia tanya aku, "Siang ni you free tak?" Aku yg terpinga-pinga bertanya balik, "Ada apa?" "I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?" Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku "Eh... no problem" "Bilik u ada TV?" tanya dia lagi "Ada!!!" balasku dengan kehairanan "Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang."


Aku pun dengan dada yg berdebar2 menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya. Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men'switch on'kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. "U biasa main tak?" tanya Yati "Tak biasa" jawab aku "Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2."ujarnya panjang lebar.


Tak sampai 1 jam permainan yg diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.


Fuhhhh... .Syok ape... Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,


"Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?" tanya aku
"Mahal juga, itupun ayah yang belikan" jawab Yati
"I ingat nak belilah satu, bulan depan" aku bersuara dgn penuh minat "Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi" Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.



Kenali Loghat di Negeri Perak



Di Perak mempunya 5 loghat ataupun dialek yang berbeza.  Mereka yang menetap di sebelah utara, seperti di Parit Buntar dan Bagan Serai ataupun daerah Kerian, lebih kepada loghat utara menyamai negeri Pulau Pinang atau Kedah.  

Manakala di bahagian Hulu Perak, seperti di Kroh, Grik dan Lenggong, mereka banyak menggunakan dialek Patani, seakan-akan dialek Kelantan.

Daerah Kinta, dialek penduduknya berbeza ikut masyarakat. Majoriti penduduk di sini datangnya dari kepulauan Indonesia.

Di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Bota, Parit, dialek mereka mempunyai sebuatan 'ate - kome' seperti di dalam filem hantu Kak Limah. Dikatakan inilah dialek asli Negeri Perak.

Dan bahagian Perak selatan pula iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya lebih kurang menyamai dialek selatan Semenanjung seperti di Selangor dan Johor.



Sambutan Ambang Tahun Baru 2016


Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 2015 sehingga 12.30 pagi (1 Januari 2016) bersempena Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 dan Minggu Pelancongan Melaka 2015.

Ringkasan Sejarah Batu Pahat


Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.

Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Bandar Hilir, Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.

Bandar Penggaram mendapat nama dari aktiviti nelayan yang menggaram ikan-ikan yang banyak ditangkap dan tidak laku dipasarkan. Ikan-ikan ini lebih baik dijadikan ikan kering.

Pada 1893, Dato Bentara Luar iaitu Mohamad Salleh bin Perang telah mengasaskan bandar Batu Pahat yang mendapat perintah dari Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Johor.

Lokasi Menarik

1. Wet World Batu Pahat Village Resort 
 – Sebuah water park yang popular di Johor sebelum munculnya Legoland Resort Malaysia. Menempatkan tarikan permainan dan gelongsor air yang sesuai untuk belia dan juga kanak-kanak.

2. Dataran Penggaram ( Dataran Batu Pahat ) – Sebuah dataran yang terletaknya mercu tanda Daerah Batu Pahat. Kawasannya yang lapang di tengah pekan menjadikan ia sebuah tempat lepak yang menjadi tumpuan terutamanya pada hujung minggu dan ketika adanya persembahan atau acara tertentu.

3. BP Walk ( Batu Pahat Walk ) – Satu tempat menarik di Batu Pahat, Johor yang mempunyai banyak cafe dan kedai makan yang meriah pada waktu malam sehingga pagi. Bagi warga Batu Pahat, di sinilah lubuk paling menarik jika ingin melihat siaran perlawanan bola sepak sambil menikmati menu makan sedap yang tersedia di sini iaitu sup, satay dan mee rebus.

Lain-lain tempat adalah :
  • The Temenggong Ibrahim Girl School
  • Batu Pahat Club
  • Pejabat Pos Batu Pahat
  • Masjid Jamed Batu Pahat
  • Polis Circle Headqurters
  • Pejabat Bangunan Kerajaan Batu Pahat
  • Pantai Rekreasi Punggor
  • Perigi Batu Pahat
  • Pantai Minyak Beku

Kejuaraan Silat Remaja Dunia Ke 3 2015


Kejuaraan Silat Remaja Dunia kali ke 3 akan berlangsung dari 26 Disember hingga 31 Disember 2015 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan