Destinasi Pelancongan : Pantai Kemasik, Terengganu


Kemasik merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Daya tarikan utama bandar ini ialah Pantai Kemasik. Kemasik terletak antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit pemanduan dari Kertih.

Pantai Kemasik terletak di persisiran Kampung Kemasik, Kemaman. Dari sudut bentuk muka bumi, Kemasik terletak di persisiran pantai. Kebiruan air laut dan panorama langit yang sungguh indah membuatkan seolah-olah berada di suatu penempatan yang baru. Pokok-pokok kelapa di persisiran pantai yang tumbuh melata, bot sangkut nelayan dan kawasan pantai lagun pasti menggamit siapa jua yang datang ke sini. 

Di kawasan pedalaman Kemasik, terdapat kawasan tanah berpaya dan kawasan tanah pamah bagi mereka yang ingin melaksanakan aktivti pertanian. Paling menarik, cara kehidupan kampung masih dikekalkan di kawasan ini dan sekitarnya.


Di sekitar Pantai Kemasik dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tapak meletak kenderaan, wakaf untuk berehat, taman permainan kanak-kanak, kiosk jualan pelbagai barangan, tandas awam, papan tanda, tong sampah, jalan berturap dan surau.

Dengan keunikan bongkah-bongkah batu kelihatan seperti bukit-bukit kecil ditepi pantai menambahkan lagi suasana keindahan. Anda juga boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah bukit berbatu.



Di situ ada sebuah batu besar yang boleh dipanjat dan membolehkan anda melihat panorama Pantai Kemasik dari sudut berbeza tetapi di nasihatkan supaya berjaga-jaga dan memakai pakaian serta sepatu yang sesuai. Berhampiran pantai ini terdapat perkampungan nelayanyang aktif.

Sekitar pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat dan segala hasil tangkapan mereka yakan di jual secara lansung oleh penduduk setempat mahupun para peraih ikan dan pasti harganya lebih murah berbanding di pasar-pasar tertentu.


Pantai ini juga menjadi tumpuan pengunjung untuk merakamkan suasana matahari terbit di samping mengabadikan pemandangan setempat dalam kamera digital seperti aktiviti-aktiviti nelayan yang pastinya memberikan kelainan dalam percutian anda.




Inai Di Jari - S.Jibeng (versi asal)


Allahyarham Jaafar Sidiq, atau lebih dikenali sebagai S. Jibeng, merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah pop yeh-yeh telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, ( She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh).

Penyanyi pada zaman 1960-an, biasanya diiringi oleh kumpulan KuGiRan (Kumpulan Gitar Rancak)
Beliau meninggal pada 7 Februari 2006.

Antara lagu beliau yang popular sehingga ke hari ini (selain dari lagu raya) ialah "Inai Di Jari", namun mungkin ada yang tidak sedar bahawa ianya mempunyai dua versi yang berbeza. 

Versi yang sering dimainkan di radio tatkala ini ialah versi yang telah diubah terutamanya dari segi lirik (seni kata) kerana dalam versi asal, dikatakan oleh sesetengah pendengar bahawa ada rangkapnya mengandungi kata-kata kiasan yang agak lucah. Anda nilaikan sendiri apakah sungguh bagai dikata oleh mereka...

Berikut adalah lagu versi asal dengan muzik yang juga muzik asal :



 Yang ini adalah versi ubah-suai :



**Al-Fatihah....

Keputusan Piala FA Malaysia : 11/02/2014

 

Keputusan semasa perlawanan Suku Akhir Pertama, Piala FA Malaysia 2014 :

TAMAT

Felda United 0 - 0 Sarawak

JDT 3 - 1 Kedah

(Kad merah : JDT-1   |   Kedah-2)

Kelantan 3 - 2 PKNS FC

PDRM 1 - 1 Pahang

Dah cuba Look Back dari Facebook?


Anda dah cuba "A Look Back" dari Facebook?. Ia sebenarnya bukanlah fungsi terkini yang terdapat dalam Facebook tetapi merupakan video ringkas yang dibuat oleh Facebook khas untuk pengguna mereka bagi melihat kembali sejarah pengguna ketika mereka mula-mula mendaftar di Facebook dan memaparkan semula aktiviti pengguna secara rawak.

Antara segmen yang dibuat untuk anda dalam video berkenaan ialah "Your first moments", "Your most liked posts" dan "Photos you've shared".  Facebook membuat video ini bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke 10 pada 3 Februari 2014.

Anda dapat menonton video sejarah anda di Facebook dengan log-in terlebih dahulu akaun Facebook anda, kemudian klik pautan berikut :   A look back

Koleksi logo universiti di Malaysia



Di Malaysia terutamanya sesudah merdeka lebih 50 tahun, terdapat banyak peluang untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma, ijazah dan pelbagai lagi tahap yang lebih tinggi, sama ada universiti awam atau swasta. Ada universiti yang mempunyai bidang pengkhususan atau bidang keutamaan seperti Universiti Putra Malaysia (dahulunya Universiti Pertanian Malaysia) yang terkenal dengan bidang pertanian.

Dengan puluhan universiti yang ada seharusnya dapat menjadikan rakyat di Malaysia sebagai rakyat berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam sesuatu bidang. Sekalipun tidak bekerja dalam sektor awam atau swasta, mahasiswa dan siswi dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman sepanjang di universiti untuk menjalankan perniagaan sendiri.  

Ini kerana sepanjang tempoh pengajian, mereka seharusnya sudah ada satu maklumat mengenai hala tuju bidang yang akan diceburi selepas tamat pengajian serta data-data mengenai keperluan semasa masyarakat supaya dengan itu mereka menjadikannya sebagai asas untuk memulakan perniagaan milik sendiri.

Berikut saya "letakkan" koleksi logo universiti yang wujud di negara ini. Jika saya ketemui yang lain, akan saya tambahkannya di sini  :

(Kualiti dan saiz asal dari sumber. Edit dengan perisian yang bersesuaian)

 

 



 

 

     

 






 

 


 




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan