Harga gula naik, tahap kesihatan naik?


Kenaikan harga gula sebenarnya akan memberi kesan rantaian kepada kenaikan pada harga barangan atau produk keperluan yang lain seperti jualan runcit makanan dan minuman. Kenaikan 20 ke 50 sen mungkin dipandang sinis dan enteng oleh sesetengah pihak dengan beranggapan "bukannya banyakpun naik.. berapa sen je...".  

Tetapi mereka tidak sedar kehidupan rakyat biasa yang miskin akan lebih terkesan dengan acapkali kenaikkan harga harga barang kawalan seperti gula, petrol dan diesel. Harga kuih-muih, minuman, kek, roti, nasi, lauk-pauk dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat pasti akan turut meningkat secara terlangsungnya meningkatkan kos perbelanjaan rakyat yang sudah sedia terbeban dengan pelbagai jenis bayaran dan cukai yang ada.

Subsidi untuk rakyat sebenarnya tidak akan membuat sesebuah negara muflis jika dilaksanakan dengan tertip dan ketelusan.  Matlamat sebenar memberi subsidi kepada barangan keperluan seharian rakyat adalah bagi menjamin kelangsungan hidup mereka dalam situasi yang tidak membebankan, bukannya memberi subsidi kepada syarikat-syarikat kroni yang sudah sedia kaya dan banyak duit.  Golongan usahawan kroni ini tidak terkesan langsung dengan kenaikan harga barangan kawalan kerana mereka sudah biasa hidup bermewah-mewahan.  Malah ada ketikanya hutang-hutang "syarikat kabel besar" ini dilupuskan serta ditanggung pula oleh pemerintah semasa.

ORANG KAYA, VIP dan VVIP tak makan dan tak guna benda-benda ni semua. Mereka tak berada dalam lingkungan kesensaraan kehidupan rakyat biasa
Paling utama bukannya menaikkan harga barangan runcit keperluan rakyat, sebaliknya kurangkan perbelanjaan untuk mengadakan projek-projek bertaraf "mega" yang dilihat tidak memberi impak dan kesan positif secara terus dan keseluruhan kepada rakyat. Selain itu mengurangkan atau lebih bagus membasmi habis ketirisan dalam urus tadbir kerajaan seperti pemberian dan penerimaan rasuah amatlah baik.  Hal-hal sebeginilah yang sebenarnya dapat menyelamatkan berbillion-billion ringgit duit negara dari terus dirompak dengan rakus dalam senyap, bukannya subsidi kepada barangan keperluan rakyat yang jadi punca negara muflis.

Usah dibandingkan prestasi ekonomi negara Malaysia dengan negara luar seperti di benua Afrika atau benua Amerika, sebaliknya bandingkan negara ini dengan negara kecil iaitu Singapura dan Brunei.  Negera Singapura tiada hasil bumi tetapi dengan pengurusan yang telus dan cekap, mereka menjadi antara negara yang paling sedikit kadar rasuah dalam kerajaan dunia. Ekonomi Singapura jauh lebih baik dari Malaysia.  Brunei juga sepatutnya diperakui lebih layak digelar negara Islam yang lebih makmur kerana telah mula menggunapakai undang-undang syariah (atau lebih difahami sebagai hudud) dan pengurusan ekonominya adalah sangat baik serta mementingkan kebajikan rakyatnya.

Tetapi walauapapun yang terjadi, jadilah rakyat yang bersyukur kerana kerajaan semasa kita telah menyediakan jalan raya, lampu jalan, balai raya, tandas awam, taman rekreasi, sekolah, bangunan pencakar langit dan lain-lain projek yang rakyat biasa tidak mampu untuk menikmati manfaatnya.


**
  • tiap kali mereka katakan ikut harga dunia, tetapi apakah benar harga gula di pasaran dunia naik atau turun?
  • Malaysia sebuah negara yang ada tanah subur dan prasarana yang mencukupi untuk menyokong industri pertanian. Kenapa tidak diperbanyakkan ladang-ladang yang menghasilkan makanan ruji rakyat Malaysia? Kerana ia akan mengurangkan harga barangan yang disebabkan oleh pengeluaran melebihi permintaan.
  • tiap kali selepas "mereka" memenangi pilihanraya,  pasti akan ada kenaikan harga barang atau caj perkhidmatan.
  • harga gula naik bukanlah alasan yang bijak bagi menyatakan penurunan kadar masalah kesihatan rakyat negara ini.
  • menjaga kesihatan adalah berkaitan dengan sikap kawalan diri setiap individu terhadap khasiat pemakanan.
  • selepas ini jika ada VIP atau VVIP yang datang ke kampung-kampung buat lawatan, hidangkan mereka dengan kopi, teh o atau sirap yang tiada dicampur sebarang bentuk manisan, atas alasan "menjaga kesihatan".
Hiburan untuk rakyat di kala harga barang runcit naik :

Download Takwim Penggal Persekolahan 2014



Melalui artikel pada kali ini, anda boleh download Takwin Penggal Persekolahan Malaysia bagi tahun 2014.  Ia merangkumi Kumpulan A iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala Kumpulan B ialah sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Untuk melihat jadual ini serta memuat-turunnya, sila klik pautan di bawah :

Pokok hiasan yang membawa maut


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat bolehmembunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera atau meletaknya di tempat yang selamat dari dicapai oleh kanak-kanak atau bayi.


**sumber dari Facebook

Alat memasak untuk "budak Universiti"


Saya pernah merasai kehidupan selaku pelajar universiti atau kolej. Sememangnya waktu itu adalah waktu yang kritikal bagi seorang remaja atau belia untuk mula belajar mengenal dunia luar dan hidup sendiri.

Tahun pertama bagi kebanyakkan mahasiswa dan mahasiswi akan tinggal di dalam kediaman yang disediakan oleh pihak kolej atau universiti, namun kebiasaannya untuk tahun kedua dan seterusnya mereka perlu mencari rumah sewa kerana pihak kolej dan universiti menyediakan tempat tinggal khusus untuk pelajar semester pertama.

Pelbagai peristiwa yang mungkin sehingga kini akan masih terkenang pada mereka yang pernah melalui "dunia tersebut".  Mula-mula duduk di rumah sewa, pasti akan tiada kelengkapan yang cukup namun keadaan sebegini sebenarnya akan membuatkan mereka menjadi kreatif dalam menyelesaikan masalah mereka contohnya seperti menggoreng telur atau ikan di dalam periuk nasi elektrik.

Pada artikel kali ini, saya ingin mempamerkan gambar alat elektrik yang kebiasaannya digunakan untuk menggosok pakaian agar tidak kelihatan berkedut, namun pasti ada yang tidak terfikir ia sebenarnya boleh dibuat untuk menyalai daging atau ikan...

Apa macam..kreatif tak...? masalah gas habis sudah selesai untuk sementara waktu...

TrueStoryASA : bersembahyang di khalayak ramai


Satu kumpulan anak muda di luar negara yang menggelarkan mereka sebagai "True Story ASA". "ASA" adalah huruf pertama nama mereka iaitu Abdullah Ghuman, Sheikh Akbar dan Adam Saleh. Mereka melakukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai membanggakan.  Secara langsungnya ia menjadi sebahagian cara untuk berdakwah dan mendekatkan masyarakat pada dunia bahawa Islam yang sebenarnya adalah sesuatu yang indah dan menenangkan jiwa.

Mengikut keterangan mereka di dalam laman web perkongsian video, mereka berkata :

"Kami
mempunyai idea untuk video, ianya adalah untuk bersembahyang di tempat awam dan untuk merakamkan apa reaksi yang kami akan dapat. Jadi, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan kompas, melakukan wudhu, keluar dan bersolat sunnat 2 rakaat pada Allah dan memfilemkan apa reaksi yang kami akan perolehi.  


Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam adalah lebih aman dari apa yang mereka fikirkan. Hampir semua orang begitu baik dan menghormati kami yang berdedikasi dan setia kepada agama kami. Berharap anda semua menikmati video ini dan MEREBAKKAN KASIH SAYANG! Terima kasih banyak-banyak...."


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan