TAHNIAH kepada pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya memadamkan kelebihan agregat milik Johor Darul Takzim (JDT) dengan kesudahan agregat 8-5 dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV. Keputusan pada perlawanan suku akhir pertama adalah milik JDT dengan jaringan 4 berbalas 2. Dengan ini Kelantan telah layak ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia.
Namun ada beberapa isu dan kejadian kurang menyenangkan seperti yang dimaklumkan oleh sesetengah pihak mendakwa ada pemain dari kedua-dua pasukan tidak bersikap profesional dengan membuat aksi yang mempersendakan pemain lawan dan penyokong lawan.
Namun disebalik kegembiraan penyokong Kelantan meraikan kemenangan pasukan kesayangan mereka, ada dikalangan penyokong Red Warriors berkelakuan tidak sopan dan diluar batasan, seperti mana yang dilaporkan menerusi akaun facebook di bawah ini :
Di dalam gambar kelihatan penyokong Red Warriors berciuman mulut sesama jantina dan rakannya yang di bawah itu seperti sedang memegang dildo atau disebut sebagai batang zakar palsu dan membuat aksi seolah-olah sedang mengulumnya.
Ini adalah tidak selaras dengan akhlak seorang Islam (melainkan penyokong tersebut ialah kafir). Bak kata pepatah, "kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Perbuatan mereka itu telah memburukkan imej para penyokong setia Red Warriors yang lain. Saya sangta yakin masih ramai lagi penyokong bola sepak Kelantan yang baik dan bersopan santun. Harap pihak berkuasa mengambil serius dan tegas terhadap kejadian ini.