Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Bangkit berusaha setelah gagal : kesanggupan berniaga tanpa kedai


Gambar di atas adalah antara alat bantuan berniaga yang saya ada dan mampu sediakan. Berniaga kecil je, takde cukup duit nak menyewa premis. Percubaan untuk terus berusaha dalam perniagaan setelah mengalami kemerosotan dan beberapa kegagalan.

Kini saya open booth dengan menawarkan khidmat urutan kaki dan pendaftaran ONEXOX Prepaid / Postpaid di Car Boot Sale Tampin dan Kompleks Pentadbiran Daerah Tampin. Selain itu masih lagi menjalankan kursus jangka pendek berkaitan komputer di UTC Melaka.

Cabaran dan dugaan

Selain dari cabaran serta dugaan berkenaan dengan modal duit, persepsi orang lain (tanggapan) terhadap usaha saya ini ada kalanya memberi kesan pada semangat. Ada sebilangan orang memandang rendah pada perniagaan yang dilakukan di tepi jalan, tepi bangunan dan di tapak meletak kenderaan. Namun selagi mereka tidak mengalami kepayahan dan kejatuhan, mereka mungkin tidak dapat mengerti keadaan diri saya ini.

#usahawankecil
#yakinboleh

Reaksi TMJ ketika bertemu dengan Harimau Muda yang tewas


Berikut adalah video TMJ ketika bertemu dengan skuad Harimau Muda di bilik persalinan selepas tamat Perlawanan Akhir Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2017 yang berkesudahan Malaysia tewas dengan jaringan satu gol dengan Thailand.


Jika anda rasa "useless", sila dengar motivasi dari Lizzie Velasquez


Dia mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Tubuh Lizzie Velasquez tidak boleh memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya sekitar 29kg walaupun telah berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS) iaitu suatu keadaan di mana tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan dan hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja. Beliau juga buta mata kanan dan mempunyai penglihatan terhad di mata kiri serta lemah sistem imun badan dan mudah penat.

Kini, Lizzie Velasquez telah memiliki ijazah dalam bidang komunikasi ,sedang aktif untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian.

Beliau menerima pelbagai pandangan dan kata-kata negatif sepanjang bermula dari usia kanak-kanak hinggalah remaja. Namun penghinaan dan kata-kata cacian yang beliau terima sepanjang hidupnya dijadikan tangga untuk mencapai kejayaan.

Beliau mahu dirinya dinilai dari segi kejayaan yang beliau capai dan melalui apa perkara yang beliau lakukan, bukan pada keadaan fizikal tubuhnya.

Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika
masih kecil.

Kata-kata motivasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in.”



FUCK setiap hari

 

Sepanjang hidup kita ini memerlukan sesuatu untuk dijadikan sebagai motivasi diri bagi memastikan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik.Untuk mencapai cita-cita atau impian, kita perlu melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.  Mencapai apa yang diimpikan adalah seperti mimpi menjadi kenyataan. Maka kita harus FUCK setiap hari.

FUCK yang saya maksudkan di sini bukanlah berkaitan dengan hubungan seks, tetapi ia adalah singkatan kepada ayat iaitu :

F = Fokus
U = Untuk
C = Capai
K = Kejayaan

Formula FUCK ini adalah salah satu formula untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi sama ada dalam sektor pekerjaan mahupun sektor perniagaan.  Setiap apa yang kita lakukan jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh dan fokus, insya Allah pekerjaan itu akan membuahkan haisl yang baik dan memuaskan hati.

Oleh itu mulai hari ini, bersamalah kita untuk FUCK setiap hari bagi memastikan matlamat hidup kita akan tercapai untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Sedang berputus asa? Lihat gambar ini...


Sebagai hamba Allah SWT yang mempunyai daya upaya yang berbeza-beza, pasti kita pernah dibelenggu dengan rasa putus asa.  Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan ditempuhi, rasa putus asa tiba-tiba menyelinap di fikiran. Adakalanya perasaan sebegitu membuatkan kita berasa berada dalam kehampaan dan kerugian. 

Apabila seseorang itu mengalami kegagalan yang berterusan, rasa berputus asa itu semakin mencengkam qalbu dan ianya akan menjadikan mereka yang berputus asa itu insan yang tidak ingin bangkit dan tidak terus mencuba lagi setelah gagal. Kita wajib untuk terus berjuang bagi mencapai apa yang kita mahu di dalam hidup ini.  Kita tidak patut berputus asa sekiranya masih belum berjaya.


Soichiro Honda (gambar di atas), selaku pengasas Honda Corporation iaitu sebuah syarikat gergasi dalam dunia permotoran pernah mengatakan : "Apa yang orang nampak dari pada kejayaan saya hanyalah 1% dari padanya tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99%, yaitu kegagalan-kegagalan saya...".  

Pastinya beliau pada peringkat awal mengalami kegagalan demi kegagalan dalam usaha membangunkan legasi syarikatnya yang bermula dengan motorsikal.  Jika beliau berputus asa, sudah tentu kita pada hari ini tidak akan dapat melihat motorsikal dan kereta jenama Honda di atas jalanraya.

Dalam hadis Sahih Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda : “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah".  Putus asa melambangkan kelemahan.  Putus asa melambangkan jiwa yang rapuh.  Oleh itu JANGAN putus asa apabila apa yang dicita, apa yang dicari masih tidak dapat dicapai.  

Sebenarnya apabila kita gagal mendapatkan apa yang dikehendaki, ia bukan bermakna kita gagal keseluruhannya.  Ia hanyalah kerana kita menemukan jalan atau kaedah yang kurang berkesan untuk ke arah kejayaan. Oleh itu usaha yang berterusan, doa yang penuh rasa keikhlasan dan rendah diri pada Allah SWT serta beristiqamah setelah melakukan kerja, insya Allah.., kejayaan menanti kita di penghujung jalan.

Allah SWT akan sentiasa mengingati dan membantu hambaNya jika hambaNya itu sentiasa mengingati Allah SWT, berusaha dan berdoa secara berterusan. Percayalah janji Tuhan, bukannya janji dari YB semasa kempen pilihanraya.  Mereka hanya berminat untuk mempertahankan kuasa semata bukannya ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat.

Pengajaran dari video anak kucing yang menghadap anjing garang!!!


Assalamualaikum...

Berhikayat soal semangat dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran atau rintangan dalam kehidupan, pasti ramai antara kita pernah merasai jerih perih, pahit maung dalam perjalanan kehidupan ini.

Malah, apa yang dipaparkan dalam "drama dan filem Melayu" di negara kita, adalah menjadi cerminan kepada situasi yang sedang berlaku pada komuniti bangsa kita secara khususnya dan amnya pada masyarakat Malaysia.

Kita sering berasa kerdil apabila berhadapan dengan perkara yang memperlihatkan kekurangan kita sama ada dari segi kewangan mahupun peristiwa di sepanjang jalanan kehidupan.

Rasa rendah diri dan adakalanya rasa terhina oleh cercaan manusia-manusia yang semakin pentingkan hal duniawi dan kebendaan boleh mengakibatkan kemurungan berpanjangan.  Namun kita sebenarnya boleh mengambil sumber inspirasi dari kejadian lain disekitar kita dalam usaha untuk mengekalkan semangat bagi meneruskan kehidupan ini selagi diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bernafas.  Salah satu contohnya ada dalam video di bawah ini.  Renungkanlah maksud yang tersirat disebalik kejadian yang telah dirakamkan ini :




**Kita tidak perlu jadi BESAR untuk berani menghadapi cabaran... hanya dengan keyakinan diri,usaha berterusan dan istiqamah dalam tiap pekerjaan, ia mampu mengubah segalanya. Itulah kuasa berfikiran POSITIF.

**Kerjakan solat 5 waktu dan lain-lain ibadah agar iman, fizikal dan mental menjadi lebih ampuh untuk menghadapi dugaan kehidupan di dunia yang fana ini.  Kerana dari situlah hadirnya kekuatan jiwa.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan