Hasil moral merdeka?

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian

Inikah hasil merdeka berpuluh-puluh tahun dan masih kata kita tidak mampu lahirkan pakar perundangan Islam untuk laksanakan Hudud di negara Islam ini? Nabi Muhammad S.A.W dah tunjukkan contoh bahawa hukum Hudud mampu dilaksanakan di negara majmuk yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia... Nabi Muhammad SAW punya nasihat tak nak ikut, APCO punya cakap yg diikut....

Hudud adalah melindungi rakyat dari kejahatan, bukannya main suka hati nak potong tangan potong kaki.. ada caranya, ada panduannya utk jatuhkan hukuman.. yang tak buat salah buat apa takut pada Hudud?.  Hudud bukan sekadar menghukum perompak, ia mempunyai skop yang lebih luas dan menyeluruh dalam kehidupan seharian kita. Ia adalah peraturan dari Allah SWT untuk mendidik dan melindungi rakyat pelbagai keturunan.

** Untuk membaca artikel mengenai serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka, sila klik gambar di atas

Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 1

Kemuncak kemeriahan lagu-lagu Melayu dikatakan bermula dari tahun1980 hingga akhir 1990. Pelbagai kumpulan dan penyanyi solo wujud membawakan tema lagu yang hampir sama namun masih menarik dan sedap untuk didengar.

Sekitar tahun kegemilangan itu juga digelarkan sebagai tahun lagu-lagu jiwang.  Malah beberapa lagu popular seperti "Aku Hanya Serangga" nyanyian kumpulan BPR dan "Sampai Hati" dari kumpulan Spring serta "Akulah Kekasih Mu" dari kumpulan AXL's, masih lagi menjadi pilihan peminat muzik zaman sekarang.

Namun saya dapati masih lagi ada lagu-lagu kategori jiwang yang kurang dikenali dan jarang didengar di radio tetapi sangat menyentuh perasaan, merdu didengar dan mempunyai "level" jiwangnya yang sangat tinggi. Bezanya antara zaman 1980-an dan 1990-an dengan lagu-lagu zaman semasa, lagu-lagu kini mempunyai "lirik yang mudah" dengan susunan muzik yang menggunakan peralatan digital yang lebih canggih. Malah penulis lirik zaman baru mungkin tidak gemar akan kata-kata puitis "a.k.a" jiwang karat.

Mulai hari ini saya akan menerbitkan artikel bersiri berkenaan dengan lagu tersebut.  Saya akan cuba usahakan untuk memaparkan lirik dan menyediakan lagu berkenaan di dalam setiap artikel yang saya terbitkan.  Kemungkinan terdapat sedikit perbezaan antara lirik yang ditunjukkan di dalam artikel ini dengan lirik yang keluar di dalam video clip yang ada.

Untuk artikel kali ini, saya memperkenalkan tiga lagu iaitu dari kumpulan Stra TG - Kau Mutiara Segalanya, Olan - Hitam Manisan dan Sleveless - Tinggal Kenangan.

 *-*-*-*-*

Stra TG - Kau Mutiara Segalanya

Cintaku dan cintamu sesetia ombak dan pantai
Hatiku dan hatimu sejernih air di kali
Malam pun terhias bersama kehadiran cahaya
Menyinar segenap ruang yang kosong selama ini

Kau mutiara segalanya menghiasi kamar hatiku
Ku cari tapak istana untuk kita selamanya
Biarpun ke bulan ke bintang ke lautan api
Tak jadi penghalang untuk bermadu bersama-sama

Andai tergugurlah cinta antara dua jiwa
Tetap di sini ku menanti walau seribu menggoda
Andai kau ke sisiNya ku sertakan doa
Menunggu kehadiranku di dalam syurga

Video Youtube :


Olan - Hitam Manisan
Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
Mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
Bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu

Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
Waktu kau kesusahan akulah tempat lah engkau mengadu
Tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
Dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

Waktu susah kau cari aku
Waktu senang engkau tinggalkan aku
Begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
Waktu perlu akulah kekasih mu
Tapi selepas itu mengapa kau kianati
Apa gunanya dikenang-kenang
Pada orang yang tak menghargai
Segala pengorbanan diri ku
Akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
Sambil dalam hatiku bertanya
Bahagia kah engkau
Membiarkan ku terkilan rasa
Sesungguhnya dirimu adalah
Manusia yang lupa daratan
Dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

(2)
Waktu susah kau cari aku
Waktu senang engkau tinggalkan aku
Begitulah sikap mu tak tahu kenang budi
Waktu duka akulah teman
Waktu perlu akulah kekasih mu
Tapi selepas itu mengapa kau kianati

Apa gunanya dikenang-kenang
Pada orang yang tak menghargai
Segala pengorbanan diri ku
Akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
Sambil dalam hatiku bertanya
Bahagia kah engkau
Membiarkan ku terkilan rasa
Sesungguhnya dirimu adalah
Manusia yang lupa daratan
Dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
Dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku

Video Youtube :


Tinggal Kenangan - Sleveless

Oh puas ku mencarimu
Di manakah oh sayang
Kembalilah wahai kasih
Kurindukan belaianmu
Tak tertahan menanggung
Kerana ku cinta padamu

Teringat kemesraan yang lalu
Waktu kita bersama
Betapa indah kurasa
Dan dunia milik kita
Kini tinggal kenangan
Dapatkah kita ulangi
Kemanisan cinta lalu

(1)
Oh andainya kau terluka
Ku pohonkan kemaafan
Hukumlah ku wahai kasih
Moga segala dosa punah semuanya

(2)
Oh kuatkan semangatku
Atas segala dugaan
Langit tak selalu cerah
Begitu dengan cinta dan kasih sayang

(3)
Puas ku harungi ranjau duri
Mengekori bayangan dirimu
Namun kau tak jua berpaling
Betapa kerasnya hatimu

(4)
Lupakah engkau segala janji
Yang telah kau ucapkan dahulu
Agar kita berdua bersama
Menuju ke pintu mahligai

Teringat kemesraan yang lalu
Waktu kita bersama
Betapa indah ku rasa
Dan dunia milik kita
Kini tinggal kenangan
Dapatkah kita ulangi
Kemanisan cinta lalu

( ulang 1, 2, 3, 4 )
Video Youtube :

Merdeka tapi makin lesu


Saban tahun negara kita menyambut ulang tarikh kemerdekaan. Tahun ini sudah masuk tahun ke 56 Malaysia mencapai kemerdekaan.  Iya, kita harus bersyukur atas perolehan kemerdekaan ini. Ada jalan raya, lampu jalan, dapat makan minum dan tinggal dalam keadaan aman (hakikatnya tidaklah seindah yang dikata).  Namun adakah ukuran nikmat merdeka cukup sekadar itu?

 
antara budaya dan akhlak yang nyata ada pada generasi kita kini

Ingatlah, penjajah British dahulu sangat licik.  Mereka juga telah berjaya membuatkan raja-raja Melayu zaman sebelum merdeka menurunkan tanda tangan bagi penyerahan kuasa pentadbiran secara mutlak kepada pihak British, dengan ditawarkan kekayaan harta dunia.  Mereka juga tidak akan mudah menyerahkan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu jika tiada pihak yang menjamin kepentingan mereka di masa akan datang dalam negara baru yang dibentuk.  Di sinilah "bom jangka" telah dipasang disebalik penyerahan kemerdekaan.

Secara senyap-seyap, gerakan sulit telah menyusup masuk ke dalam Malaysia dan bergerak secara tersusun dalam merancanakan perancangan asal penerokaan jalan laut ke benua Timur atau negara-negara Asia.  Lihat sajalah sejak dari zaman sebelum merdeka hingga kini, hiburan dibawa masuk ke Malaysia dalam pelbagai bentuk.  Pada zaman percetakkan hitam putih di Malaysia, terdapat tarian-tarian bogel dijalankan secara sah mengikut undang-undang di kelab-kelab hiburan, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.  Malah zaman kini masih lagi ada hiburan sebegini, dilakukan di kelab hiburan eksklusif.

 
Lelaki juga ada aurat yang perlu dijaga

Akhlak di kalangan remaja dan belia serta tidak terkecuali kanak-kanak juga makin merunsingkan. Ada saja kes murtad yang dirahsiakan, namun sesekali terkeluar juga cerita sebegini di akhbar tempatan.  Kemajuan teknologi sangat mengubah cara hidup masyarakat dunia, khususnya di Malaysia.  Namun ia disalahgunakan oleh sebilangan rakyat negara kita.  Dimaklumkan ramai yang sudah tidak tahu malu merakamkan aksi lucah diri sendiri dan juga bersama pasangan.  Seolah-olah individu yang terlibat itu tidak risau akan akan tersebarnya gambar bogel milik mereka.

Sebagai contoh, cuba anda taip kata kunci di enjin carian Google iaitu pada bahagian carian imej dengan menaip "hijab blowjob" atau "tudung blowjob". Lihatlah sendiri apa yang keluar dan gambar siapa yang keluar. Sepatutnya zaman yang semakin moden serta disamping adanya Islam sebagai cara hidup, bangsa Melayu patut makin maju, bukan makin layu.

 
Pemimpin negara Islam merasmikan pembukaan kilang arak? 
Inikah hasil dari merdeka yang dilaungkan saban tahun sejak 56 tahun lalu?

Keruntuhan moral pada zaman kini berkaitan dengan roh Islam dalam sesuatu pentadbiran di sesebuah negara yang mengaku bahawa mereka kerajaan negara Islam.  Sesetengah negara lebih selesa mengekalkan sistem pentadbiran warisan penjajah dan tidak menggunakan sistem yang disediakan oleh Islam.  Islam adalah ajaran yang lengkap, menyeluruh ke setiap perkara, bukan hanya pada sesetengah hal sahaja.

Nabi Muhammad S.A.W telah membuktikan bahawa undang-undang hudud boleh dilaksanakan dalam negara majmuk seperti keadaan di Malaysia.  Lebih 50 tahun merdeka tetapi sangat pelik jika dicanangkan kita masih lagi tiada ada pakar dalam sistem perundangan Islam dan negara tidak bersedia untuk hukum dari Allah S.W.T itu.

Zam Burger Bakar & Western Foods (Melaka)

 
Mohammed Zamri atau lebih dikenali sebagai Zam di kalangan rakan-rakan adalah peniaga sepenuh masa di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.  Beliau adalah seorang belia Melayu yang bercita-cita tinggi dalam dunia perniagaan penyediaan makanan. Pengalaman beliau bekerja di hotel terkemuka di Melaka, banyak membantu beliau dalam melengkapkan diri sebelum terlibat di dalam dunia perniagaan.

Mula melibatkan diri dengan pasaran di Pasar Tani UTC Melaka sejak tahun 2012, Zam telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara penyedia makanan berbakar dan "western foods" yang terulung di kawasan setempat dan secara umumnya di Negeri Melaka.

Waktu operasi beliau di Pasar Tani UTC Melaka ini ialah sekitar pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.00 ke atas.  Selain dari burger bakar (menggunakan rencah buatan sendiri) dan western foods, beliau turut menjual otak-otak, kerang rebus dan satay.

Untuk sebarang tempahan bagi menjemput beliau hadir membuka kios di majlis anda, Zam Burger Bakar & Western Foods boleh dihubungi di nombor telefon 017 288 enam empat tujuh satu. (penerimaan adalah berdasarkan jadual niaga beliau).




Berbaloikah fungsi "Like sekarang untuk membaca"


Ledakkan blog dan program pengiklanan di internet semakin deras melanda pengguna internet di Malaysia. Saban waktu, ada saja iklan yang disiarkan dalam pelbagai bentuk dan cara yang menarik serta kreatif. Melalui syarikat tertentu yang menjalankan program pengiklanan di internet, sebenarnya telah memberi peluang kepada para pengguna komputer dan internet meraih potensi pendapatan yang tiada hadnya.

Selain dari kemampuan program pengiklanan ini menjana pendapatan, para usahawan pengiklanan atau affiliate memerlukan satu kelompok pengkalan data pengguna internet sebagai sasaran mereka untuk membuat promosi secara konsisten. Maksudnya mereka akan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengumpulkan para pelawat laman web dan blog mereka ke dalam satu senarai khas bagi tujuan promosi ini. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan laman web sosial seperti Facebook.

Teknik gabungan Facebook, blog/laman web dan skrip aturcara "like" telah digunakan bagi tujuan ini.  Pemilik laman web atau blog mengambil kesempatan di atas minat para pelawat ke atas informasi yang mereka tawarkan dengan meletak syarat supaya para pelawat mengklik butang "like facebook" sebelum meneruskan pembacaan.

Melalui pemerhatian saya, terdapat lebih dari dua jenis atau jenama skrip automatik seperti ini dan ada antaranya menetapkan jika pengguna tidak mahu mengklik butang "like facebook", mereka perlu menunggu dalam beberapa waktu sebelum artikel yang diinginkan dapat dibaca. Ada yang perlu menunggu sekejap ada pula yang perlu menunggu beratus-ratus saat.  Dan jika mereka klik ke artikel lain, tanpa mengklik butang "like facebook" sebelum ini, mereka masih perlu sekali lagi menunggu beratus-ratus saat sebelum ianya dipaparkan.

Ini adakalanya merimaskan pengguna internet dan pelawat.  Jika individu yang membuat teknik seperti ini adalah dari kalangan mereka yang telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti Chef Li (penulis buku Jutawan Senyap) dan Irfan Khairi (penulis buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar), pasti para pelawat tiada keberatan untuk mengkliknya.  Namun jika hanya "insan biasa" dan informasi yang ditawarkan di blog hanyalah berkisarkan tentang hiburan dan bahan kurang ilmiahnya, jangan bermimpi untuk menggunakan teknik ini, tak kena cara akan dapat sumpah seranah seperti di bawah ini  :


Contoh salah seorang blogger yang dapat "free" sumpah seranah dari pelawat

Namun bagi para blogger yang menggunakan teknik seperti ini, adalah sama seperti seorang pendesak. Tiap teknik ada pro dan kontra namun untuk lebih mewujudkan suasana harmoni, para blogger atau mereka yang memasang skrip seperti ini disarankan meletakkan lebih pilihan kepada pelawat dengan meletakkan butang "x" pada tetingkap skrip berkenaan atau mengurangkan masa menunggu kepada jumlah yang tidak menjenuhkan untuk menunggunya.

Salah satu contoh skrip yang digunakan. Tiada butang "x" diletakkan pada tetingkap

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan