Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?

 

Walaupun Nabi dan Rasul kita, Muhammad SAW telah lama wafat, namun baginda meninggalkan kita dengan "harta pusaka" yang sangat bernilai untuk umat akhir zaman menjadikannya sebagai bekalan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang lebih terhormat dan membimbing ke arah yang di redhai Allah SWT.  Harta pusaka yang di maksudkan ialah Al Quran, Hadith dan segala tingkah laku baginda semasa hidup yang disampaikan dari generasi ke generasi. 

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum. Baginda tidak menerangkan mengapa baginda melarang tetapi baginda hanya melarang perbuatan tersebut. Ternyata dalam penelitian sains, karbondioksida (CO2) yang dihembuskan dari mulut manusia bertemu air panas (H2O) akan menghasilkan persenyawaan H2CO3 dan jika bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia maka ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit jantung.  Hal ini boleh juga digunapakai pada makanan yang berkuah atau bersup.

Sungguh beruntungnya umat Islam kerana Allah SWT melalui Nabi dan RasulNya telah disalurkan ilmu pengetahuan sains yang sebelum ini tidak diketahui oleh para sainstis barat atau kafir,  Namun atas kelekaan bangsa yang menganuti agama suci ini, makanya musuh-musuh yang ingin "membunuh" Islam pula yang bersungguh-sungguh mengkaji dan menggali ilmu-ilmu Tuhan ini yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith.

Umat Islam pada hari ini (terutamanya di Malaysia) terlalu sibuk dengan mempersiapkan dan mengejarkan kekayaan di dunia dan meninggalkan persediaan untuk kehidupan di akhirat.  Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam filem-filem di Malaysia.  Pengarahnya beragama Islam tetapi atas tangannya dia menghalalkan maksiat antara para pelakonnya atas alasan mengikut kehendak skrip. Sedangkan skrip paling utama yang wajib dipatuhi  adalah dari Allah SWT sebagai dijadikan panduan di atas pentas hidup di dunia ini. 

Itu belum lagi termasuk kegilaan belia kini menyertai pelbagai pertandingan untuk menjadi artis dan ibu bapa mereka merestui anak-anak mereka terutamanya anak perempuan berpakaian tetapi telanjang dalam pertandingan berkenaan. Apabila pertandingan sebegini disiarkan pula di televisyen, yang jadi penontonnya bukan hanya setakat golongan remaja dan ibu bapa malahan kanak-kanak juga turut mengikutinya. Ini akan merosakan pemahaman kanak-kanak terhadapan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah SWT.  Maka dosa berangkai akan terus menerus bersambung sehingga tibanya hari terakhir kematian Dajjal yang dijanjikan Allah SWT akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S.

Tanda-Tanda emak anda seorang PEMBOHONG



Adakah ibu sebegini? Sanggup membohongi anak untuk melakukan sesuatu. Tidak dinafikan bukan semua perempuan boleh jadi ibu yang baik, malah ada ketikanya lelaki mampu menjalankan tugas seperti seorang ibu dengan lebih baik dari perempuan.

Artikel kali ini saya kongsikan serba sedikit "kemungkinan" yang berlaku membawa kepada berlakunya penipuan ibu @ mak  kepada kita. Namun jangan disalahertikan perkataan "pembohong" yang saya gunakan.  Sila baca habis artikel ini agar anda faham maksud yang nak saya sampaikan :

1.Waktu makan, dia selalu menyisihkan daging ikan atau lauk pauk yang lain untuk anaknya atas alasan "mak tak suka makan lauk ni, kau makanlah..."

2.Jika simpanan makanan semakin kurang, dia akan memberikan bahagiannya kepada anaknya dan berkata "makanlah.., mak tak lapar lagi..."

3.Apabila sampai waktu tidur, dia masih berjaga kerana ingin menjaga anaknya yang sedang sakit, lalu berkata : "Tidurlah nak.., mak temankan... lagipun mak belum mengantuk..."

4.Setelah anaknya tamat sekolah dan mendapat pekerjaan, lalu mengirimkan sejumlah wang untuk ibunya, lalu ibunya berkata : "takpe, simpanlah untuk keperluan kau.., duit makpun masih ada lagi..."

5.Apabila anak semakin berjaya, hidup senang lalu mengajak ibunya untuk tinggal bersama-sama di rumah besar, ibunya membalas pelawaan itu dengan berkata : "Mak lagi suka tinggal kat rumah kampung ni, selesa lagipun tak ada siapa yang nak jaga ayam yang mak bela tu..."

6.Namun yang sepatutnya anak-anak tak boleh terima adalah apabila ibu mengalami masalah kesihatan dan sakit kuat, lalu si anak menangis, lantas dalam keadaan masih boleh tersenyum dia berkata : "Jangan menangis nak, mak tak apa-apa... Mak cuma kena berehat kejap, letih agaknya..."


**
-saya menaip dan mengolah artikel ini dalam keadaan air mata bergenang.

-saya terkenangkan arwah nenek saya yang menjaga saya sejak dalam bedung lagi. Waktu itu mak ayah saya bekerja di tempat lain dan ekonomi keluarga waktu itu tak berapa baik.

-kini di kampung ada makcik saya yang pernah menjaga saya dahulu. Diapun dah semakin lanjut usia. Pun saya terkenangkannya.

-mak kandung saya masih ada dan tinggal bersama ayah di Petaling Jaya. Insya Allah saya akan menjaga mereka sebaiknya apabila saya diperlukan.

Kisah pengorbanan ibu disebalik kejayaan anaknya


Di sini saya kongsikan suatu kisah diambil dari sumber yang dikongsikan melalui "MukaBuku", yang saya kira kalau ia bukan kisah sebenar atau hanya rekaanpun, ia mengandungi pengajaran yang harus kita selalu renungkan bagi mentarbiahkan minda kita untuk menghargai jasa ibu atau bapa kita dalam proses "membela" kita.

Kisahnya begini :

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut
mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Rasulullah SAW juga punyai sifat kelakar


Rasulullah SAw adalah manusia teragung dan mulia di kalangan manusia akhir zaman.  Sifat-sifat keperibadian Baginda dan akhlaknya sangat terpuji.  Bagindalah yang perlu diidolakan dalam hati setiap manusia terutamanya pada umat Islam.  Baginda amat tegas tetapi berhemah dalam menguruskan hal-hal berkenaan dengan agama dan kehidupan seharian umatnya.  Namun disebalik itu, Baginda juga mempunyai sifat kelakar atau dalam bahasa orang kita "pandai buat lawak". 
Berikut adalah kisah yang menceritakan cara Rasulullah SAW bergurau :
Pada suatu ketika, Rasulullah pernah memperlawa Saidina Ali Bin Abi Talib makan kurma bersama-sama. Sewaktu ini Saidina Ali masih kecil lagi.. Setiap kali Rasulullah SAW dan Saidina Ali makan kurma, biji-biji kurma akan diletakkan di tempat masing-masing. Beberapa ketika kemudian, Saidina Ali sedar yang dia makan terlalu banyak kurma berbanding dengan Rasulullah. Saidina Ali perasan sebab biji-biji kurma dekat bahagian beliau lebih banyak dari biji-biji kurma yang ada pada bahagian Rasulullah SAW.

Maka, Saidina Ali pun secara senyap-senyap memindahkan biji-biji kurma yang beliau makan ke bahagian Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Ali kata pada Rasulullah SAW : “Wahai Rasulullah, kau makan kurma lebih banyak daripada aku? Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu....”

Bila Rasulullah SAW dengar kata-kata
Saidina Ali, Rasulullah SAW tak dapat nak tahan ketawa, dan Rasulullah SAW pun berkata, “Wahai Ali, kamulah sebenarnya yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih meninggalkan biji-bijinya. Sedangkan kau, memakan kurma dengan biji-bijinya sekali.....” :-)

Jualan jersi ASLI (ORIGINAL) Kelantan dan Johor Darul Takzim sempena Final Piala FA 2013



Debaran Piala FA 2013 akan sampai ke tarikh keramat bagi para peminat kedua-dua pasukan yang lawak ke pentas akhir ini.  Bagi kelab penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim, pastinya sudah merancana segala keperluan semasa kehadiran mereka dalam memberi sorakan dan sokongan moral sebagai peranan pemain ke 12 pada pasukan bola sepak masing-masing.

Selain dari mafla dan sepanduk, jersi atau t-shirt juga adalah barangan yang menjadi keutamaan untuk dipakai semasa menghadiri stadium. Pelbagai rekabentuk dan variasi corak terdapat pada jersi dan t-shirt para penyokong.

Sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2013 ini, saya mempelawa para penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim untuk membeli jersi pasukan masing-masing sebagai tanda sokongan anda kepada para pemain bola sepak Kelantan dan Johor Darul Takzim.  Jersi ini adalah jersi original dan terjamin kualitinya dari pengeluar.  Juga terdapat khidmat tambahan untuk meletak nama dan nombor pada jersi tertentu. Sila klik gambar di bawah untuk membeli jersi berkenaan secara online.  


Poslaju Percuma
Untuk pembelian 2 helai jersi ke atas dalam Malaysia


Koleksi Jersi Johor Darul Takzim :

Jersi Johor DT 2013 Away

Jersi Johor DT 2013 Home


Koleksi Jersi Kelantan :

Jersi Kelantan 2013 Home

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan