Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bidas tindakan Tan Sri Annuar Musa


Pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menganggap tindakan Tan Sri Annuar Musa mengkritik prestasi semasa skuad kebangsaan sebagai sesuatu yang pelik kerana kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri.

“Inilah masalahnya kalau orang yang tidak benar-benar memahami sukan memegang jawatan tertinggi dalam persatuan. Kuasadi tangan mereka dan mereka jugalah yang pilih jurulatih serta pengurus. Dia (Annuar) sebagai salah seorang timbalan presiden sepatutnya tahu.

“Selagi Malaysia tidak mengutamakan individu berpengalaman dan berpengetahuan mengendalikan persatuan, selagi itu kita takkan maju. Pemimpin seperti ini hanya pandai cakap saja,” kata Kay Kim ketika dihubungi, semalam.

Berita Harian kelmarin melaporkan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal merangkap pengurus skuad kebangsaan tampil mempertahankan jurulatih, Datuk K Rajagobal serta anak buahnya yang tiba-tiba dikritik Annuar, Selasa lalu.

Namun selepas komennya tersiar di media, Annuar bingkas mempertahankan dirinya menerusi laman Facebook dengan menuduh media sengaja memanipulasi maksud sebenarnya itu.

Sementara itu, sumber dari Wisma FAM memberitahu, Annuar akan dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam tempoh dua minggu ini kerana kritikan dan kapasitinya sebagai timbalan presiden badan induk itu.


sumber : berita harian online 


**Pendapat saya :

  • Nak komen atau kritik boleh tetapi kan ada etika dalam menjawab soalan / temubual dengan pihak media.... tak boleh berkata sebarangan.... apa-apa halpun ada saluran dalaman yang boleh beliau gunakan..., lebih-lebih lagi beliau sebagai timbalan... pasti ada kelebihan pada jawatan yang disandang... kan lebih baik bincang dan siasat secara dalaman...
  • Ia seolah-olah keadaan di mana "ibu bapa memburuk-burukan anak sendiri di hadapan orang lain....". bukankah itu merencatkan moral pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan bola sepak Malaysia. Kenapa tidak beliau membuat satu perjumpaan khas bersama seluruh anggota pasukan bola sepak Malaysia dari pengurusan hinggalah ke pemain... minta penjelasan dan buat teguran dalam perjumpaan itu... cara ini lebih baik dari "menganjing" di luar....

Keputusan bola sepak Liga Super [ 17 Mac 2012 ]






Enam perlawanan berlangsung pada malam ini. Perlawanan antara Felda United dan PKNS telah berlangsung semalam dengan keputusan seri tanpa jaringan..

KEPUTUSAN AKHIR

Perak (minit ) 0 - 2 (minit 13, 30) Kelantan

Sarawak (minit ) 0 - 1 (minit 73) Lions XII

Terengganu (minit 4, 11, 13, 43, 77, ) 6 - 3 (minit 33, 44, 66) Sabah

Johor FC (minit 3) 1 - 3 (minit 18, 79, 90) T-Team

Negeri Sembilan (minit 24, 41) 2 - 1 (minit 59) Kedah 

Selangor (minit 58, 62, ) 3 - 0 (minit ) Kuala Lumpur

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir


Assalamualaikum.....

Sudah menjadi tanggungjawab pemimpin sebuah negara Islam untuk menegakkan "kalimah" (hukum hakam Islam) Allah SWT di negara yang ditadbirnya walaupun negara itu mempunyai pelbagai penganut agama yang berbeza.  Dalam konteks negara Malaysia, bukan menjadi masalah untuk "hukum hudud" dilaksanakan.  

Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka.  Banyak cerdik pandai Islam telah dilahirkan.  Alasan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerana majmuknya Malaysia ini, adalah satu alasan orang yang cetek ilmu agamanya dan mungkin juga orang itu walaupun beragama Islam seperti di dalam kad pengenalan, tetapi tiada "roh" Islam dalam qalbunya. Lebih parah andainya pemimpin itu langsung tidak ada niat untuk mencuba melaksanakan undang-undang Islam "sepenuhnya" pada mana-mana kesempatan.  Rasulullah SAW sudah menunjukan contoh bagaimana hukum hakam Islam dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang majmuk, tanpa mengabaikan hak dan keperluan orang bukan Islam secara adil  dan berpatutan.

Berikut adalah penerangan mengenai hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir : 

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)


dirujuk daripada : Al-Azim

Destinasi Pelancongan : Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah Melaka


Assalamualaikum.....

Tempat pelancongan ini berdekatan dengan kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam.  Masa zaman sekolah menengah dahulu sekitar tahun 1997-1999, kerap juga pergi bermandi-mandian di sini.

Air panas dari sumber asli ini memang ada khasiat yang tertentu seperti menghilangkan gatal-gatal kulit, sengal-sengal tulang dan menyegarkan tubuh badan.  Kini Kolam Air Panas Gadek sudah mengalami transformasi yang menarik dengan beberapa pengubahsuaian yang cantik dan difikirkan ia dapat menjadi tarikan pelancong untuk singgah.


Segala kemudahan asas disediakan dan paling penting ada surau yang berdekatan dengan tapak letak kenderaan. Ia juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Ganun, kawasan kampung dan kawasan perumahan.

Kolam Air Panas Gadek terletak 25 km dari Bandar Melaka menerusi laluan ke Tampin,  berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ganun merupakan kebanggaan penduduk Alor Gajah kerana kawasannya begitu istimewa dengan wujudnya sebuah kolam air panas yang sentiasa panas dan dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kulit.  Kawasan ini telah diberi wajah baru yang turut dilengkapi dengan kemudahan seperti restoran, bilik mandi, bilik persalinan pakaian dan tandas.

Kolam Air Panas Gadek boleh dilawati dengan mudah jika anda berkunjung ke A-Famosa Resort , Melaka Premium Outlet atau dalam perjalanan ke Pekan Tampin atau Pekan Alor Gajah. Jaraknya dari A-Famosa resort adalah kira kira 10 minit perjalanan memandu, manakala dari bandaraya Melaka adalah kira kira 30 kilometer.

Bayaran masuk -
  • Dewasa  : RM 5.00
  • Kanak-kanak : RM 3.00
Waktu Operasi -
  • Setiap Hari : 24 jam
 
 
Ringkasan sejarah -

Kewujudan kolam air itu dikatakan mula diketahui ramai apabila penduduk Kampung Gadek "menyiasatnya" selepas mendapati ramai pegawai dan anggota tentera British tinggal di kawasan berhampiran kolam tersebut. Keadaan ini membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya akan keistimewaannya apatah lagi terdengar desas-desus bahawa ia dijadikan sebagai tempat tentera British merawat penyakit.

Selepas Tanah Melayu bebas dari penjajah, penduduk kampung mendapati kawasan tersebut mempunyai khazanah alam semula jadi iaitu sumber air panas yang asli dari dalam tanah yang dikatakan ada laluan "mata air" yang "terkena" lintasan lahar gunung berapi yang berdekatan dengan perairan Malaysia.

Keputusan bola sepak kelayakan Olimpik kumpulan C (14 Mac 2012) Syiria - Malaysia

 
  Stadium Raja Abdullah, Amman, Jordan


KEPUTUSAN AKHIR
SYIRIA   (minit 49, 69, 81)   3   |   0   (minit)   MALAYSIA 
Kad merah :  Fazli Shas minit 55 (Malaysia)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan