Senarai status permohonan pendaftaran pemain import untuk Liga Malaysia (Super dan Perdana) 2012
By Admin at 1:12:00 am
bola sepak
Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM di dalam mesyuaratnya telah menimbangkan permohonan 35 orang Pemain-Pemain Asing dari Persatuan dan Kelab-kelab yang bertanding di dalam Liga Super dan Liga Perdana.
Jawatankuasa telah membuat keputusan bahawa daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima.
Dua permohonan telah ditarik balik. Jawatankuasa Juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM (syarat-syarat FIFA yang digunapakai oleh FAM).
Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah pemain mkestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi Negara Asia pemain mestilah dari Divisyen 1 dan ke atas.
Berikut adalah senarai pemain-pemain berkenaan :
LULUS
Marlon James ATM
Bruno Sebastian Martelotto ATM
Esseh Sodjine Sougan Adah Johor
Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo Kedah
Mohamad Ghaddar Kelantan
Dennis Agayare Kelantan
Emmanuel Ayaah Okine Kelantan
Patrick Ronaldinho KL Sime Darby FC
Sengbah Kennedy KL Sime Darby FC
Carlos Alberto Madeo Negeri Sembilan
Effa Owona Jean Emmanuel Negeri Sembilan
Nana Agyei Yaw Pahang
Lazar Popovic Perak
Michal Kubala Perak
Brendan Gan Sabah
Michael William Baird Sabah
Guy Bwele Sarawak
Kalle Sone Mause Sarawak
Ramez Dayoub Selangor
Zacharia Simukonda Terengganu PBDKT / T-Team
Bojan Petric Terengganu PBDKT / T-Team
Muhamadou Sumareh Terengganu
DITARIK BALIK
Oladimeji Mathew Talabi Betaria FC
Tercio Nunes Machado Terengganu
BERSYARAT
Daniel Soares Neves Kedah
Mbele Lelo Selangor
Evans Chusilo MP Muar
Christian Contes Perlis
TIDAK LAYAK
Richard Offiong Johor
Tito Fernando Da Silva Pinto Johor FC
Tiago Lima Leal Johor FC
Bianchi Parades Santiago KL Felda United FC
Marquen Nuquen Goncalves Negeri Sembilan
Sergey Ivanov Pahang
Helmi Loussaief PKNS FC
LULUS
Marlon James ATM
Bruno Sebastian Martelotto ATM
Esseh Sodjine Sougan Adah Johor
Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo Kedah
Mohamad Ghaddar Kelantan
Dennis Agayare Kelantan
Emmanuel Ayaah Okine Kelantan
Patrick Ronaldinho KL Sime Darby FC
Sengbah Kennedy KL Sime Darby FC
Carlos Alberto Madeo Negeri Sembilan
Effa Owona Jean Emmanuel Negeri Sembilan
Nana Agyei Yaw Pahang
Lazar Popovic Perak
Michal Kubala Perak
Brendan Gan Sabah
Michael William Baird Sabah
Guy Bwele Sarawak
Kalle Sone Mause Sarawak
Ramez Dayoub Selangor
Zacharia Simukonda Terengganu PBDKT / T-Team
Bojan Petric Terengganu PBDKT / T-Team
Muhamadou Sumareh Terengganu
DITARIK BALIK
Oladimeji Mathew Talabi Betaria FC
Tercio Nunes Machado Terengganu
BERSYARAT
Daniel Soares Neves Kedah
Mbele Lelo Selangor
Evans Chusilo MP Muar
Christian Contes Perlis
TIDAK LAYAK
Richard Offiong Johor
Tito Fernando Da Silva Pinto Johor FC
Tiago Lima Leal Johor FC
Bianchi Parades Santiago KL Felda United FC
Marquen Nuquen Goncalves Negeri Sembilan
Sergey Ivanov Pahang
Helmi Loussaief PKNS FC
Cadangan untuk mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita meninggal dunia
By Admin at 12:05:00 am
Islam
Assalamualaikum...
Mungkin anda sedia maklum apakah perkara yang perlu dikumpulkan untuk keperluan di dunia dan akhirat, iaitu PAHALA, namun pada artikel kali ini saya nyatakan beberapa cadangan "kerja amal" yang amat baik bagi mendapatkan pahala berterusan walaupun selepas kita mati, meninggalkan dunia yang fana ini. Caranya adalah seperti berikut :
- Belikan kipas untuk kegunaan surau atau masjid walaupun hanya sebuah , setiap kali ada jemaah gunakannya, insya Allah anda dapat pahala walau selepas mati .
- Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali ada pesakit gunakannya , insya Allah anda akan dapat pahala.
- Berikan pakaian kepada orang yang memerlukan , setiap kali orang itu memakainya, insya Allah anda akan dapat pahala.
- Beri makanan dan minuman yang halal kepada orang yang memerlukan, insya Allah anda akan dapat pahala selagi makanan dan minuman itu menjadi darah dagingnya .
- Menyampaikan ilmu atau pelajaran yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkannya, insya Allah pahala tetap akan ada untuk anda.
- Memberi sumbangan kepada pembinaan surau, masjid atau sekolah, sama ada dari segi kewangan atau tenaga fizikal mahupun idea, insya Allah selagi bangunan tersebut digunakan untuk tujuan yang baik, anda akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.
**p/s :
1. Apa yang saya nyatakan di atas adalah asas-asas kepada jalan amalan berpahala. Mungkin ada lagi cara-cara lain yang anda ketahui untuk mendapatkan pahala yang berterusan walaupun sesudah kita meninggal dunia. Dan mungkin juga cara lain itu merupakan cabang atau ranting pada perkara pokok (cadangan) di atas ini.
2. Walau sekecil manapun sumbangan yang diberikan, selagi ia memberi manfaat yang baik pada insan lain, insya Allah ia menjadi penyelamat anda untuk lulus SPM (Soalan Padang Mahsyar).
Ghairah melihat pemain Malaysia beraksi di luar negara, Safee Sali jadi mangsa keadaan!!
By Admin at 1:31:00 pm
sukan
Isu kemungkinan pengharaman ISL menjadi beban terkini yang perlu ditanggung oleh Safee Sali.
Penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali yang bermain dengan kelab Pelita
Jaya dari Indonesia, mungkin tidak boleh mewakili skuad Harimau Malaya
selepas badan induk bola sepak dunia (FIFA) berkemungkinan mengharamkan kejohanan Liga
Super Indonesia (Indonesia Super League).
Menurut portal berita akhbar Republika, surat pengharaman ISL oleh FIFA
itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia
(PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak
diakui oleh badan dunia itu. Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang
ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya Jarome Valcke dan Setiausaha
Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan
status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat
dengan ISL.
"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status
perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain di liga atau
kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA". FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada
Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena
bola sepak di republik itu atau berdepan tindakan penggantungan atau
pengharaman.
Persoalan pertama yang perlu ditimbulkan, apakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak meneliti perkara-perkara teknikal seperti ini sebelum "melepaskan" Safee Sali untuk bermain di Indonsia pada awalnya dahulu?. Apakah kerana keghairahan untuk melihat aksi pemain Malaysia di liga luar negara menyebabkan badan profesional seperti FAM terutamanya seperti "rabun mata" dalam memandang hal sebegini?.
Namun pengurus kepada Safee Sali menegaskan bahawa :
"Indonesia Super League (ISL) Tak Diharamkan lagi dan ISL bukan liga haram dan Safee bukan pemain liga haram. ISL adalah liga yang diputuskan untuk dijalankan oleh PSSI di Kongres Bali 2011 dan tiada keputusan dari mana2 kongres atau mesyuarat PSSI hingga hari ini yang mengatakan ISL tidak boleh dilaksanakan.
Maka itu, ISL adalah liga sah PSSI dan FIFA minta PSSI selesaikan kekeliruan ini, bukan haramkan. Memang ada masalah di PSSI, tapi mereka sedang usahakan untuk diselesaikan secepat mungkin. Kerja Safee main bola ikut kontrak, bukan selesaikan isu PSSI dan Safee tak boleh langkah keluar begitu sahaja. Sama-sama kita doakan semuanya berjalan lancar dan selamat, bukan doa yg sebaliknya...."
Kesan khas salji jatuh di laman web youtube
By Admin at 1:58:00 am
Acara
Assalamualaikum....
Agaknya nanti bila tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri, apakah pihak Youtube membuat kesan khas ketupat yang berguguran pula...? ^_^