Keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antara Negeri Sembilan dan Johor
By Admin at 11:43:00 pm
sukan
Apabila mengetahui adanya perlawanan bola sepak persahabatan ini melalui Facebook, pada waktu petangnya saya terus menuju ke Stadium Mini Tampin, Negeri Sembilan kerana kampung saya iaitu Kampung Tanjung Rimau Dalam yang berada di dalam daerah Alor Gajah, berhampiran dengan sempadan Tampin.
Perlawanan persahabatan ini adalah unik kerana Negeri Johor merupakan negeri kelahiran saya dan Negeri Sembilan pula adalah negeri yang dahulunya saya menuntut pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Tetapi saya lebih menyokong Negeri Sembilan kerana sudah sebelas tahun saya belajar di Tampin... :-)
Kesimpulannya perlawanan kali ini adalah memuaskan. Maklumlah pasukan Negeri Sembilan baru sahaja dibentuk dalam masa sebulan setelah penghijrahan beberapa nama-nama penting dalam skuad "hoben jang hoben" ke pasukan Angkatan Temtera Malaysia. Jadinya keserasian belum sampai tahap maksimum. Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Persembahan permain import berada pada tahap biasa...
Bergambar bersama ketua jurulatih, Azrai Khor Abdullah
Bersama Norhafiz Zamani Misbah
Bersama Kunanlan Subramaniam
Bersama Idris Karim
Bersama penjaga gol, Mohd Farizal Marlias
Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Central Coasts Mariners
By Admin at 1:17:00 am
sukan
Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun (Harimau Muda) mengulangi kecemerlangan dalam corak permainan seperti ketika bertemu dengan Sydney FC dengan menunjukkan kemampuan yang memberangsangkan dan memberi saingan yang baik pada pasukan "tops five" Liga A Australia, Central Coasts Marines FC dalam separuh masa pertama. Tamat separuh masa pertama, kedudukan terikat 0 - 0.
Namun kemasukan pemain simpanan pada babak separuh masa kedua gagal mengimbangi kemantapan skuad utama Central Coasts Marines FC apabila ketua pasukan pada perlawanan ini iaitu Daniel McBreen, memisahkan jarak antara dua pasukan dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 78.
Dalam perlawanan ini, aksi Ahmad Fakri Saarani turut dipuji oleh kelab berkenaan, seperti dalam penyataan berikut : "In particularly, talented number 9 Ahmad Fakri Saarani did well leading
the line against a Central Coast backline featuring Trent Sainsbury and
Sam Gallagher...".
Kelihatan Mahali Jasuli jersi nombor 2 memberikan pengawalan yang ketat dalam perebutan bola
dengan salah seorang pemain CCM FC yang juga berjersi nombor 2.
Sekali lagi laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam..!!
By Admin at 5:47:00 pm
sukan
Klik gambar di atas untuk ke laman web FAM
Salam sejahtera...
Nampaknya serangan psikologi terhadap negara Malaysia melalui sukan bola sepak masih lagi berterusan walaupun kejohanan yang disertai oleh pasukan yang digelar "Harimau Malaya" ini telah lama berakhir.
Pada ketika artikel ini di taip, saya melihat laman web FAM masih lagi belum dibaikpulih dari kesan godaman. Kali ini, grafik yang diubahsuai adalah sangat "simple" dengan niat mahu pengunjung laman web berkenaan memberi fokus kepada tulisan yang berunsurkan konfrantasi oleh rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang berbunyi : "MALAYSIA : ANJING, BANGSAT, MALING, BEDEBAH, BIADAB, TIDAK PUNYA MALU, BANGSA YANG HINA !!!".
Pada saya dari pandangan mata kasar pasti ramai yang menganggap ianya dilakukan oleh penggodam dari Indonesia tetapi keseluruhan ayat penghinaan tersebut kurang "slang Indon", cuma perkataan "Maling" sahaja yang dapat kita rujuk sebagai perkataan yang biasa digunakan oleh rakyat Indonesia.
Namun kita jangan cepat melatah dn melenting dengan "usikan" seperti ini. Ada juga kemungkinan ianya bukan dilakukan oleh rakyat Indonesia tetapi dibuat oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak puas hati dengan pemimpin tertentu dalam FAM. Atau mungkin saja ianya dilakukan oleh sesuatu pihak yang mahu melaga-lagakan penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia...
Laman web FAM pada pagi ini (14/12/2011) telah dipulihkan.
Siri perlawanan persahabatan bola sepak Malaysia di Australia : Harimau Muda - Sydney FC
By Admin at 1:59:00 pm
sukan
Pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun ( Harimau Muda ) yang kini sedang berada di Australia selama 12 hari untuk beberapa perlawanan persahabatan, telah bermula dengan "langkah kanan" apabila memenangi perlawanan dengan kelab terkemuka dalam Liga-A Australia iaitu Sydney FC dengan jaringan 3 - 0.
Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Gurusamy dengan 1 gol melalui sepakan percuma pada minit ke 45, separuh masa pertama dan Hazwan Bakri dengan 2 gol di separuh masa kedua, minit ke 79 dan 90.