Sweet Memories Contest by Mimie


Assalamualaikum...

Pada hari ini saya telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh blogger Mimi Mariana.  Peraduan ini mengkehendaki para peserta memuatnaik satu keping gambar kenangan indah pemilik gambar berkenaan dengan sesiapapun.

Berikut adalah gambar yang saya pertandingkan pada peraduan ini :

 
* 31 Oktober - 3 November 2011 *

 Info :

Gambar ini dirakamkan di dalam dewan seminar di Hotel Riverview, Muar, Johor sempena acara penutupan  dan penyampaian sijil penyertaan kursus.  

Saya ( baju hijau ) mewakili anggota Koperasi Usahawan GIATMARA Melaka Berhad yang lain ( seramai 4 orang termasuk saya ) sedang menerima sijil penyertaan dari Puan Afizah Abdul Jalal sebagai wakil dan juga pensyarah di Maktab Koperasi Malaysia Wilayah Selatan.

Seminar kali ini sangat "best" sebab peserta kursus dibawa melawat ke beberapa koperasi dan pertubuhan peladang bagi meninjau projek perniagaan yang sedang dijalankan.  Tempat yang kami lawati sepanjang kursus berkenaan ialah di Koperasi Felda Kahang Timur Berhad, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad, Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri dan Kek Seri Tanjung ( Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Berhad ).

Segmen Satu Gambar Bercerita : kampung

 

Salam sejahtera...
Masalah destinasi percutian ke kampung sering menjadi isu pada pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Pada tahun pertama perkahwinan masing-masing nak balik ke kampung sendiri.  

Pertanyaan juga sering dinyatakan oleh rakan-rakan berkenaan arah kampung masing-masing apabila tiba musim cuti.  Mungkin juga ingin berkongsi atau menumpang kenderaan rakan anda atau rakan anda ingin "menumpang sekaki" dalam perjalanan sehala balik ke kampung...

Dan anda pula bagaimana menghadapi situasi ini..?  Di mana kampung anda...?  :-)

Keputusan perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011: Malaysia - Thailand

 
Stadium Gelora Bung Karno
Malaysia 2 - 1 Thailand
Pasukan bola sepak Malaysia memperlihatkan aksi lebih yang lebih mantap selaku juara bertahan pingat emas bola sepak Sukan SEA apabila menumpaskan Thailand 2-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke 24 dan Izzad Farris Ramlan pada minit ke 85. 
Malaysia sepatutnya mampu memenangi perlawanan ini dengan jumlah sekurang-kurangnya lima ( 5 ) gol namun pemain Malaysia gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di hadapan gawang pasukan bola sepak Thailand. Malaysia kini mengumpul empat ( 4 ) mata hasil kemenangan pada hari ini dan seri ketika menentang Singapura kelmarin.
 
 
Baddrol Bahtiar meraikan gol pertama Malaysia hasil jaringannya pada perlawanan menentang Thailand pada peringkat Kumpulan A Sukan SEA Indonesia 2011. 

 
 Izzaq Faris Ramlan meraikan jaringan kemenangan (gol ke 2) Malaysia bersama K.Gurusamy dan kapten pasukan Baddrol Bahtiar.

Keputusan perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011: Malaysia - Singapura

 
Stadium Utama Gelora Bong Karno
-Kumpulan A-


Pemain Harimau Muda, Malaysia  ( Jersi kuning ) Abdul Shukor Jusoh diasak oleh pemain Singapura, Safirul Sulaiman (kanan) pada perlawanan peringkat Kumpulan A, Sukan SEA Indonesia 2011 di Stadium Gelora Bung Karno.


Baddrol Bakhtiar (jersi No. 10) dan Ahmad Fakhrul Saarani (kanan) mengasak penjaga gol Singapura, Mohd Izwan Mahmud
Malaysia 0 - 0 Singapura
Perlawanan seterusnya malaysia akan bertemu Thailand pada 9/11/2011
 
**p/s 1: perlu diingat, semasa Malaysia (umur bawah 23 tahun) memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos sebelum ini, pasukan Malaysia tidak diberi harapan, malah ada yang meramalkan mereka tidak dapat melepasi peringkat kumpulan apatah lagi memasuki peringkat akhir, namun sebaliknya yang berlaku.  Ada beberapa tonggak pemain skuad "emas" lalu tidak beraksi dalam pasukan kali ini.  
**p/s 2: Sama-samalah kita berdoa agar pasukan kita dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam edisi Sukan SEA yang lalu.  Kalah atau menang kita perlu terima dengan akal yang waras, fikiran yang lapang dan terus menyokong serta menyumbang kepada pembangunan bola sepak Harimau Muda dan juga Harimau Malaya...

"Ganja..." untuk wanita hamil dan baru melahirkan anak


Assalamualaikum....

Ganja... yang dimaksudkan untuk wanita hamil dan baru melahirkan anak ialah ganjaran ataupun balasan dari Allah SWT.  Sungguh besar sebenarnya pengorbanan seorang wanita yang sedang hamil (mengandung).  Di waktu inilah perhatian yang lebih perlu diberikan oleh suami kerana ianya adalah waktu yang kritikal atas faktor keselamatan ibu dan bayi berkenaan, juga kestabilan emosi wanita yang hamil. 

Insya Allah apabila saya akan bernikah (mungkin dalam tahun hadapan), saya akan menjaga sebaik-baiknya isteri saya apabila dia sampai ke masa seperti ini.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa ganjaran yang dikurniakan oleh Allah SWT pada isteri atau ibu yang mengandung :

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan