Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Berikut merupakan antara 10 jenis orang yang Allah SWT tidak menerima solat darinya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."



Cara untuk solat sunat sebelum serta selepas nikah


Pernikahan adalah matlamat dalam perhubungan antara lelaki dan wanita.  Cinta dan kasih sayang yang ikhlas akan membawa perhubungan pasangan berkenaan ke tahap yang diredhai oleh Allah SWT. Maka haruslah kita berterima kasih pada Allah SWT kerana dengan izinNya, perhubungan itu berjaya direalisasikan.  Kebiasaannya selepas acara akad nikah, pasangan pengantin (terutamanya lelaki) akan mendirikan solat sunat.  Ada juga yang mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas akad nikah.

Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat. Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
  • rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • rakaat kedua:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
    • sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
    • membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.

Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”

“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Antara Perkara Sunat Selepas Nikah adalah: - Meletakkan tapak tangan atas kepala isteri dan berdoa.



**sumber rujukan dari internet dan buku agama

Waktu solat untuk Melaka

Assalamualaikum...

Pastinya tahun ini merupakan tahun yang berbeza dengan datangnya ramadhan kali ini di kala saya aktif berblogging.  Walaupun saya menjadi blogger dalam tahun 2006, namun hanya pada tahun ini saya menjadi blogger yang agak aktif dengan blog dan juga agensi pengiklanan iaitu Nuffnang serta Mangga Ad.  Namun bagi iklan Mangga Ad, saya letakkan di blog saya yang lain iaitu ictniaga.blogspot.com

Saya telah mendapat pengesahan status Glitterati dari Nuffnang sejak awal minggu lepas.  Maka dengan itu saya tidak meletakkan iklan pesaing di dalam blog ini bagi mengekalkan keistimewaan yang telah dan akan saya perolehi.  Lagipun dengan meletakkan Nuffnang dan Mangga Ad di blog yang berbeza akan memudahkan saya untuk memantau prestasi blog dan juga keuntungan pengiklanan dari dua syarikat tersebut.

Berbalik pada tajuk artikel, saya telah menyediakan paparan untuk para blogger merujuk waktu solat semasa ber "blogwalking" di blog ini, khas sempena bulan puasa nanti.  Pada paparan automatik menunjukkan waktu solat untuk kawasan Bandar Melaka, namun ianya boleh ditukar kepada lain-lain senarai bandar, setakat yang telah disediakan oleh pihak Al-Azim.

Semoga dunia blog pada tahun ini akan jadi lebih baik dan berkat dengan tibanya bulan mulia, bulan Ramadhan... Maka ramailah nanti yang akan sama-sama blogwalking sementara menunggu sahur.  Kalaulah shoutbox atau cbox boleh beri bunyi hon, lagi best, dapat juga buat singgah sahur serta kejutkan para blogger yang tertidur...

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan