Showing posts with label pakaian. Show all posts
Showing posts with label pakaian. Show all posts

InspirasiHana : Butik Tudung Online terbesar di Malaysia


Menutup aurat adalah menjadi kewajiban bagi setiap umat Islam.  Lelaki dan perempuan masing-masing ada bahagian tertentu untuk dilindungi dari pandangan orang lain yang bukan mahramnya.

Fokus artikel kali ini adalah tudung yang dipakai oleh perempuan.  Pelbagai fesyen boleh didapati di pasaran yang terdiri dari bermacam jenis fabrik, corak dan gaya pemakaian, namun apakah ianya menepati kehendak syariat yang digariskan oleh Islam?.

Kini di zaman teknologi maklumat ini, pembelian tudung berlandaskan syariah Islam dipermudahkan dengan adanya kaedah pembelian secara atas talian (on-line).  Yang dimaksudkan ialah laman web Butik Inspirasihana. Inspirasihana.Com merupakan butik online yang menjual pelbagai tudung untuk keperluan muslimah yang ingin tampil bergaya namun ingin bertudung sebagai menyahut kewajipan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Butik Inspirasihana telah berdiri sebagai sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai jenis produk Pakaian Muslimah terutama menerusi jualan Tudung Labuh. Sebagai sebuah syarikat  Bumiputera Muslim yang menumpukan kepada jualan online, KEJUJURAN, AMANAH dan EFISIEN menjadi pegangan mereka dalam usaha meyakinkan para pelanggan untuk berurusan dengan mereka. Apatah lagi perniagaan yang tulus dan ikhlas merupakan ibadah bagi setiap muslim.

Pelbagai jenis tudung labuh dan tudung berlandaskan syariah ada dijual melalui laman web ini. Ayuh lawati laman web ini dengan klik banner di bawah ini :

Ad

Membeli pakaian pra perayaan

 

Assalamualaikum....

Dah mula buat persiapan raya...? Membeli pakaian mungkin...?.  Gambar-gambar di atas merupakan apa yang saya beli semalam (15 Ogos 2011) sempena pra raya.  Mungkin lagi beberapa hari nak raya saya akan beli lagi tapi lebih kepada baju.  Rasa puas kerana duit yang saya gunakan untuk membeli barang-barang berkenaan adalah hasil dari perniagaan kecil yang saya usahakan.

Dua lokasi belian barangan berkenaan adalah di Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd (milik Haji Umar Yatim) yang beralamat di No.46-50, Jalan BPM 5, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka dan Mydin Wholesale Emporium Melaka beralamat di No.2A-26, Jalan PMS 3, Plaza Melaka Sentral, 75400 Melaka.  Dua lokasi ini amat bersesuaian untuk kita berbelanja pada harga yang menjimatkan  dalam menyediakan persiapan untuk sebarang perayaan.

Saya akui, tempat-tempat harga murah macam ni mungkin tidak disukai oleh sesetengah mereka yang "banyak duit", namun kualiti barangan yang ditawarkan adalah berpatutan dengan harganya. Tagline yang saya gunakan untuk situasi begini ialah "biau murah asal bergaye...".

Jika beli pakaian yang mahal-mahal, akhirnya bila dah koyak atau dimakan serangga, akan dibuang juga atau dibuat alas kaki dan pembalut buah.  Beli yang murahpun masih tetap cantik, selesa dan kualiti yang memuaskan.

Tapi kalau ada kemampuan atau lebih dana untuk membeli, setelah segala perkara yang lebih penting telah diselesaikan, maka bolehlah kalau nak membeli pakaian yang lebih mahal dari biasa, namun berpada-padalah.

Segmen Satu Gambar Bercerita : Kasut

Assalamualaikum...

Pada kali ini saya memperkenalkan segmen khas untuk berkongsi cerita disebalik gambar terpilih yang dipaparkan dalam blog ini.  Ada masanya hanya dengan gambar sahaja, pelbagai penceritaan boleh diwujudkan sehingga kita sering mendengar kata-kata seperti "satu gambar sejuta kata-kata".  Gambar pertama untuk saya kongsikan ialah bertajuk "Kasut".


Siapakah yang sanggup pakai kasut begini ke tempat kerja atau ke majlis jamuan makan malam di hotel...?.  Masih perlu berstokin?   :-)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan