Betapa seriusnya seseorang itu mencari kerja, begitu jugalah individu berkenaan perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara ketika memohon pekerjaan. Salah satunya ialah menyediakan dokumen yang menyatakan tentang maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman.
Namun istilah "resume", "biodata" dan "curriculum vitae" sering kedengaran dikalang pencari (pemburu) kerja kosong. Tetapi apakah maksud atau perbezaan ketiga-tiga istilah tersebut?.
Di bawah ini saya nyatakan serba ringkas mengenai istilah berkenaan :
Resume
- satu hingga dua muka surat ringkasan kemahiran, kelayakan pendidikan dan pengalaman seseorang
Biodata
- satu muka surat yang mengandungi sifat-sifat, hobi, minat dan kelayakan pendidikan seseorang
Curriculum Vitae
- maklumat yang lebih panjang dan lebih terperinci bagi menunjukkan maklumat peribadi serta pengalaman profesional seseorang
Klik gambar di bawah untuk mengetahui panduan membuat resume yang terbaik :