Showing posts with label FAMA. Show all posts
Showing posts with label FAMA. Show all posts

Pasar Segar Terkawal - FAMA Negeri Melaka


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) Negeri Melaka telah mengadakan Pasar Segar Terkawal bagi menyediakan jualan keperluan barangan makanan harian sempena Perintah Kawalan Pergerakan.

Lokasi berada di Lot 73 Jalan Usaha 12
Kawasan Perindustrian Ayer Keroh - belakang kilang Mamee

Bermula antara pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang dari hari Isnin hingga Ahad

Dapatkan tujuh komoditi barang keperluan harian disini

🍆 Sayur-Sayuran
🍉 Buah-Buahan
🐮 Daging Lembu
🐔 Telur Ayam
🐔 Ayam
🐟 Ikan
📦 Barang Runcit
.

Pengunjung perlulah  mengutamakan keselamatan serta mematuhi perkara berikut :

1. Jaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan pakai sarung tangan/ Hand sanitizer

2. Kekalkan jarak sosial 1 meter dari individu lain

3. Lakukan pembelian 15-20 minit sahaja

4. Hanya Ketua rumah dibenarkan membuat pembelian, patuhi perintah.  kawalan pergerakkan.

#famadihatirakyat
#stayathome
#covid19
#kitajagakita

Kembara promosi bisnes

Dalam bulan Oktober ini, saya giat untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh ICT Niaga Enterprise. Untuk tujuan itu, saya telah menghantar surat kepada beberapa organisasi untuk mengadakan promosi di tempat mereka seperti di UiTM Bandar Melaka, FAMA, MARDI serta beberapa tempat lagi di sekitar Melaka.

Dalam kembara promosi bisnes ini, saya tidak bersendirian. Saya bekerjasama dengan pemilik Wannor Spa & Beauty (http://wannorspa.blogspot.com) sepanjang kempen promosi ini berlangsung. Kami secara bersama-sama membuat promosi ini serentak di tempat yang telah dinyatakan.

Maklumat lanjut akan saya nyatakan di dalam blog jika ada perkembangan terkini.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan