𝗜𝘀𝘂 𝗸𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗣𝗮𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹



Dato' Seri Anwar Ibrahim terpaksa mencari gabungan baharu untuk membentuk kerajaan 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒕𝒖𝒉𝒊 𝒕𝒊𝒕𝒂𝒉 𝒀𝑫𝑷 𝑨𝒈𝒐𝒏𝒈 agar kerajaan baharu dibentuk dengan cara penggabungan bagi mencukupi jumlah bilangan majoriti mudah, kerusi parlimen.

YDP tidak melantik terus Pakatan Harapan yang telah memenangi jumlah kerusi parlimen terbanyak iaitu "81 + 1".

𝐀𝐩𝐚 𝐬𝐢𝐠𝐧𝐢𝐟𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧-𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 ?

1) Supaya Pakatan Harapan, terutamanya figura utama mereka iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak dilabelkan sebagai penderhaka Agong / Sultan oleh sebilangan pihak jika beliau tidak bersetuju dengan titah YDP Agong.

2) Dalam sidang media yang telah dibuat berkaitan isu ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menjawab soalan seorang wartawan berkenaan dengan kes mahkamah yang melibatkan beberapa ahli politik kerajaan terdahulu, yang sedang berlangsung. 

Beliau berkata badan kehakiman tetap akan meneruskan kes yang sedang berlangsung dan akan tetap bebas serta berasingan dari badan eksekutif.

Ia bermaksud kerajaan baharu pimpinan beliau nanti tidak akan campurtangan pada kes yang sedang didakwa di mahkamah.

Pada asalnya, secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan penggabungan ini namun setelah mendengar jawapan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan tidak akan campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang berlangsung dan dalam siasatan, maka saya bersetuju dengan cara demikian.

𝓐𝓱𝓶𝓪𝓭 𝓩𝓪𝓴𝓲
• Mantan Panel Penasihat Industri, Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

• Pengasas ICT Niaga

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan