1. SILA MASUK APABILA DIBENARKAN OLEH ANGGOTA POLIS YANG MENGAWAL SELIA PINTU MASUK.
2. SERAHKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN SLIP SEMAKAN (SEKIRANYA ADA) KEPADA KERANI PENGUNDIAN PERTAMA. TUNJUKKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN UNTUK DIPERIKSA.
3. KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBERIKAN MYKAD/DOKUMEN PENGENALAN DIRI KEPADA KERANI PENGUNDIAN KEDUA UNTUK PENGESAHAN. PASTIKAN NOMBOR KAD PENGENALAN DAN NAMA ANDA YANG DITERIAKKAN OLEH KERANI PENGUNDIAN PERTAMA ADALAH TEPAT.
4. BERGERAK KE HADAPAN KERANI PENGUNDIAN KEDUA. CELUPKAN JARI TELUNJUK TANGAN KIRI KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA APABILA DIMINTA OLEH KERANI PENGUNDIAN KEDUA.
(KERANI PENGUNDIAN PERTAMA AKAN MEMBUAT PENANDAAN NAMA ANDA DALAM BUKU DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA APABILA JARI ANDA DICELUPKAN KE DALAM BOTOL DAKWAT PILIHAN RAYA).
5. TERIMA KERTAS UNDI DARI KERANI PENGUNDIAN KETIGA.
6. BERGERAK KE MEJA KETUA TEMPAT MENGUNDI (KTM) UNTUK MENINGGALKAN TELEFON BIMBIT.
(SEMUA PROSES PENGUNDIAN DIJALANKAN DALAM KEHADIRAN EJEN-EJEN TEMPAT MENGUNDI YANG BERTUGAS).
7. MAJU KE PETAK UNDI DAN TANDAKAN "X" PADA RUANG KOSONG BERSEBELAHAN DENGAN NAMA DAN SIMBOL CALON DALAM KERTAS UNDI MENGGUNAKAN PEN. PILIH SATU CALON SAHAJA.
8. MASUKKAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI YANG BETUL.
9. BERGERAK KE MEJA KTM SEKALI LAGI UNTUK MENGAMBIL TELEFON BIMBIT.
10. SEGERA TINGGALKAN TEMPAT MENGUNDI SETELAH SELESAI MENGUNDI.
https://www.spr.gov.my/pilihan-raya-umum-ke-15/