𝗛𝗮𝗹𝗹𝗼𝗔𝗽𝗽 : pilihan terbaik pengganti Whatsapp


Facebook dan Whatsapp adalah dua aplikasi sosial popular yang menghubungkan masyarakat pada zaman kini. Kedua-duanya dimiliki oleh Mark Zuckerberg yang juga merupakan "Chief Executive Officer" dalam syarikatnya.

Namun baru-baru ini pada 25 Oktober 2022, sekitar jan 2.50 petang, sekali lagi Whatsapp telah menghadapi masalah di seluruh dunia. Pengguna menghadapi masalah dalam menghantar serta menerima mesej sama ada melalui mesej persendirian mahupun mesej di dalam kumpulan.

Pada artikel kali ini, saya ingin perkenalkan salah satu aplikasi yang berpotensi besar menjadi "back-up" sekiranya Whatsapp dan Telegram bermasalah iaitu aplikasi yang dinamakan sebagai "HalloApp".

Aplikasi HalloApp dicipta oleh dua orang bekas pekerja terawal WhatsApp sebelum dan selepas pengambilalihan Facebook.  Dua pekerja di sebalik aplikasi itu ialah Neeraj Arora dan Michael Donohue.

Arora, yang merupakan Ketua Pegawai Perniagaan WhatsApp telah pergi pada 2018, manakala Donohue, bekas pengarah kejuruteraan WhatsApp, telah meninggalkannya pada 2019.

Media sosial telah bertukar menjadi "pusat beli-belah digital," kata Arora.

Untuk menentang trend, HalloApp tidak seperti Facebook. Malah, ia jauh lebih mudah daripada Facebook. Sekali imbas, ia seperti gabungan fungsi asas media sosial Facebook dan WhatsApp

HalloApp menggunakan pendekatan "rangkaian sosial peribadi," dan strategi WhatsApp untuk caranya dalam menawarkan pemesejan dan mempunyai penyulitan hujung ke hujung untuk keselamatan.

HalloApp hanya menyerlahkan beberapa ciri, sekurang-kurangnya pada masa ini. Tetapi perkaranya mengenai media sosial ini, adalah ia berdasarkan rangkaian hubungan sebenar, tidak mempunyai iklan, tidak mempunya ikon reaksi, dan tiada fungsi pengikut seperti Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai 𝗛𝗮𝗹𝗹𝗼𝗔𝗽𝗽 dan ingin memuat-turun aplikasi berkenaan di telefon pintar anda, boleh lawati laman web mereka iaitu https://www.halloapp.com/

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan