Umum mengetahui arwah Sudirman menyanyikan lagu yang sering kedengaran semasa ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Namun beliau bukanlah penyanyi yang pertama sekali menyanyikan lagu "Tanggal 31 Ogos". Lagu itu sebenarnya dicipta dan dinyanyikan oleh Ahmad Chass Barra atau lebih terkenal dengan nama Ahmad CB .
Beliau merupakan penyanyi Melayu sekitar tahun 1960-an yang berasal dari Medan, Indonesia. Pernah berduet dengan Saloma dalam lagu "Belo-belo". Ahmad CB mencipta lagu Tanggal 31 kerana teruja dengan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1957.
Ahmad CB mula mencipta lagu ini ketika berada di Medan dan menaiki kapal laut untuk membuat rakaman suara di studio Singapura.
Ahmad CB pernah berkata, walaupun beliau dilahirkan di Medan, namun dia membesar di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.
Atas semangat sebagai bangsa Melayu, beliau telah mencipta senikata dan senilagu "Tanggal 31".
Arwahyarham Sudirman merakam kembali lagu itu pada tahun 1972 untuk album partriotik. Komposer lagu S.Atan telah memberi sentuhan baharu pada melodi lagu berkenaan dengan rentak yang lebih moden.
Dengarkan keratan audio muzik dan nyanyian asal lagu patriotik "Tanggal 31" :
#tanggal31 #malaysiamerdeka #lagupatriotik
Kredit gambar latar : myrokan.com