STATUS BEKALAN DARAH O dan AB.
Baru-baru ini Tabung Darah Hospital Melaka menerima permintaan darah yang tinggi untuk beberapa pesakit yang dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk pendarahan yang sangat banyak.
Salah satu kes ialah pesakit berumur 16 tahun telah dibawa ke hospital kerana pendarahan organ dalaman yang teruk, akibat kemalangan jalan raya dan MTP diaktifkan. Ini kerana pengunaan darah yang banyak akan diperlukan. Pesakit telah dimasukkan ke Dewan Bedah untuk pembedahan kecemasan bagi memberhentikan pendarahan tersebut akibat kecederaan perut (burst abdomen).
Komponen darah yang merangkumi 24 unit darah merah, 62 unit plasma dan 24 unit platelet telah digunakan untuk menyelamatkan nyawanya sepanjang berada di dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi.
"110 beg komponen darah diperlukan untuk menyelamatkan satu nyawa." Darah yang digunakan mungkin datang dari salah seorang daripada anda.
Justeru bantuan untuk meningkatkan semula stok bekalan darah di Hospital Melaka sangat diperlukan. Jika anda sihat dan ingin menderma darah, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke hospital.
Terima kasih Adiwira darah atas sumbangan anda !!!
#jomdermadarah
#darahtakpernahcuti