Sia-sianya otak Zulkifli Haron

Zulkifli Haron, pemilik Zull Design Autotronic,  mahu membuka sebuah kilang yang akan mengeluarkan kereta yang boleh memandu sendiri pada tahun 1985, pengurus bank juga akan bimbang kerana teknologi itu tidak wujud di Malaysia. Sebelum itu beliau telah berjaya mencipta kereta yang digelar "kereta hantu" ala-ala kereta berkomputer dalam drama bersiri Knight Rider. 

Pihak tertentu di Amerika Syarikat pernah berhajat mengambil beliau untuk berkhidmat di negara kafir berkenaan namun beliau menolak atas alasan ingin berbakti untuk Malaysia.

Zulkifli Haron sepatutnya diberi jawatan yang sewajarnya dalam Proton atau Produa. Jika demikian,  kita dapat melihat teknologi seperti kereta Proton X70  dan X50 yang jauh lebih baik pada tahun 1980-an.

Beliau juga ada teknologi untuk mengawal sempadan negara dari pencerobohan. Suatu ciptaannya yang melangkaui zaman namun pihak berkuasa di Malaysia sekali lagi mensia-siakan bakat ajaib yang ada ini 

Zulkifli Haron juga telah banyak membantu usahawan kecil dan sederhana dalam penciptaan pelbagai mesin pemproses makanan dan minuman .


#zulkifliharon #zulldesignautotronic

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan