Bahaya berbuka puasa dengan merokok


✅ Merokok sebaik sahaja berbuka puasa menyebabkan satu kejutan yang dasyat kepada tubuh. Manakan tidak, selepas berpuasa selama 12 jam, tubuh badan memerlukan air, glukosa (gula) dan oksigen untuk menghasilkan tenaga.

✅ Kesan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh individu selepas berpuasa menyebabkan saluran darah mengecut dan menganggu saliran oksigen di dalam salur darah.

✅ Asap rokok juga menyebabkan darah menjadi lebih pekat, meningkatkan tekanan darah dan menganggu degupan jantung.

✅ Situasi ini menyebabkan risiko serangan jantung dan stroke meningkat berkali ganda!

Berpuasa telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan positif kepada fisiologi dan metabolisma tubuh.

Mengapa sia siakan usaha berpuasa sepanjang hari dengan mengambil sesuatu yang menjahanamkan tubuh?

✅Bulan Ramadhan merupakan antara tempoh terbaik untuk berhenti merokok. Kunjungi Klinik Berhenti Merokok untuk bantuan dan sokongan.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan