Macam kolam renang je dia buat


Seorang ibu mulanya tidaklah terkejut apabila diberitahu oleh seorang guru sekolah rendah bahawa anaknya "bermain air".

Pada mulanya disangkakan anaknya itu sekadar bermain yang biasa je, rupanya aksi anaknya di khalayak ramai lebih dari jangkauan fikiran si ibu.

Si anak berendam dan berenang di kawasan air yang bertakung di dalam kawasan sekolah sambil perhatian oleh puluhan pelajar sekolah. Dari perbualan anak dan ibu dapat difahami bahawa si anak berbuat demikian sebagai "tunjuk perasaan" lantaran ibunya tidak membawakan anaknya untuk berenang di kolam renang. Tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh kejadian ini berlaku.

Berikut adalah coretan ibu kepada anak berkenaan di laman web sosial :

" Terkejut ummi...Ada cikgu beritahu..."Ita anak ko main air!!". Ingatkan sikit-sikit je..., rupanya dia berenang...abangnya tegur, abangnya kena kejar ๐Ÿ˜‚

Bila tanya...jawapan dia... "ummi tak nak bawak adik mandi kolam kenapa? ". Ummi malas nak kejar, nanti dia lari keliling sekolah. Ummi yang penat๐Ÿ˜Ž

Seronok berganda-ganda bila ramai penonton. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ "

#Anakanugerahillahi.






Kredit : ROZITA ABDUL RAZAK

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan