Tun Dr. Mahathir ada melakukan kesalahan semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau dikatakan ada makan duit komisyen dari projek pembangunan. Namun seteruk manapun beliau, projek berkenaan wujud dan nampak pada pandangan mata zahir kita. Apa yang ada kini hanyalah legasi pembangunan terdahulu hasil dari Wawasan 2020 yang Tun Dr. Mahathir sasarkan untuk Malaysia.
Tun Dr.Mahathir pun sudah minta maaf pada Dato' Seri Anwar Ibrahim secara terus. Dato' Seri Anwar Ibrahim pun telah lama memaafkan Tun Dr. Mahathir iaitu sebelum beliau dimasukkan semula ke dalam penjara.
Tontonlah video pesanan sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke 14 dari Tun Dr. Mahathir Mohamad. Moga kita mendapat pengajaran yang bermanfaat untuk pembangunan rohani dan jasmani rakyat Malaysia. Soal dosa dan pahala Tun Dr.Mahathir Mohamad yang lain, biarlah Allah SWT yang mengadili dan menghitungnya. Mungkin ada permohonan kemaafan yang tidak kita ketahui.