Umumnya telah mengetahui bahawa pada 9 Mei 2018 adalah hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke 14 bagi negara Malaysia. Walaupun ia dibuat pada pertengahan minggu dan diberi cuti umum peristiwa pada tarikh berkenaan namun dilihat ia masih memberi kesukaran untuk sebilangan rakyat Malaysia yang diperantauan untuk balik mengundi.
Namun demi melaksanakan tanggungjawab dan hak rakyat negara merdeka serta demokrasi berparlimen, maka terdepat sekelompok rakyat yang sanggup ambil cuti tanpa gaji lebih awal kerana mereka merasakan inilah masanya untuk membuat perubahan bagi membina semula negara Malaysia ke landasan yang sewajarnya.
Untuk menyemak daftar pemilih (pengundi) secara atas talian, anda boleh berbuat demikian dengan klik pautan laman web di bawah :
Jika anda membukanya melalui telefon pintar, anda digalakkan untuk setkan paparan pelayar web kepada paparan "desktop site" ataupun memuat turun aplikasi seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.