Tampin dilanda banjir


Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada petang hari Isnin (18/09/2017) menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Tampin serta penempatan berdekatan dilanda banjir kilat.

Malah, lebih 17 rumah terjejas banjir kilat antaranya 15 di Kampung Dusun, dua di Kampung Keru dan dipercayai beberapa buah rumah di Tampin Tengah, Kampung Pondoi serta Desa Permai Repah juga turut terlibat dalam bencana berkenaan.

Pegawai Daerah Tampin, Mohamed Roduan Ujang berkata, kesemua agensi penyelamat dan berkaitan kini sedang memantau keadaan banjir kilat bagi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

“Buat masa ini kita masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar kediaman yang terjejas. Bagaimanapun, punca banjir kilat kali ini dipercayai susulan hujan lebat luar biasa yang melanda daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

*Sehingga ke saat artikel ini ditaip dan diterbitkan, hujan masih turun renyai-renyai. (11:40 malam)

Gambar semasa banjir sedang berlaku di beberapa kawasan di Tampin, Negeri Sembilan :



  









Related Posts:

  • Video tebing runtuh di Genting Highland Satu kejadian cemas, tanah runtuh di Genting Highland yang berlaku pada petang semalam (5 November 2019), telah dapat dirakamkan videonya oleh pelawat yang melalui jalan berkenaan. Dalam video berkenaan terlihat sebuah ba… Read More
  • Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020. Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu. Bagaimanap… Read More
  • Terima kasih Palestin ! Dalam satu video yang dimuat-naik di Twitter dan beberapa media sosial yang lain menunjukkan sekumpulan wanita warga Palestin beserta guru agama mereka bermurah hati mendoakan kesejahteraan bagi rakyat negara Malaysia yang… Read More
  • Video majlis persaraan penguin perisik negara Norway Suatu majlis ketenteraan telah diadakan bagi menghormati seekor penguin yang telah bersara dari perkhidmatan sebagai perisik bagi pihak tentera Norway. Penguin berkenaan yang sebelum ini berada di sempadan negara Rusia da… Read More
  • Logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan