JENAYAH TERANCANG : Tabur duit dan rompak


Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari.

Terbaharu, Polis mengesan satu taktik pelaku jenayah yang menabur wang kertas di atas jalan raya bagi mengumpan mangsa keluar dari kenderaan sebelum bertindak melarikan barangan berharga seperti wang tunai dan beg tangan yang diletakkan dalam kenderaan dinaiki.

Ikuti Modus Operandi (M.O) dan nasihat dari pihak polis bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

M.O

1. Suspek terdiri daripada pasangan lelaki dan wanita

2. Suspek wanita akan mengetuk cermin pintu di bahagian pemandu dan menunjukkan terdapat wang bertaburan di tayar bahagian belakang kenderaan

3. Suspek lelaki akan keluar dari lokasi persembunyian dan meluru masuk ke dalam kereta untuk mengambil barang berharga semasa mangsa keluar melihat wang yang bertaburan.

Nasihat 

1. Sekiranya anda diekori oleh mana-mana individu tidak dikenali jangan terus ke kenderaan. Alih perhatian suspek dengan menuju ke tempat yang selamat sehingga suspek hilang minat terhadap anda untuk dijadikan sasaran.

2. Pastikan kawasan sekeliling berada dalam keadaan selamat sebelum menaiki kenderaan sekiranya anda bersendirian.

3. Jangan meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil dan jauh pandangan awam untuk ke sesuatu tempat membuat sebarang urusan.

sumber : fb PDRM

Related Posts:

  • JENAYAH TERANCANG : Tabur duit dan rompak Rakyat Malaysia sememangnya dikenali dengan sikap baik hati, peramah dan sentiasa berprasangka baik namun ia mampu memakan diri jika terlalu mudah mempercayai apa yang dilihat dan didengari. Terbaharu, Polis mengesan s… Read More
  • 23 perkara larangan ketika memandu Salah laku jalan raya dan kecuaian ketika memandu menjadi salah satu faktor utama para pengguna jalan raya mengalami tekanan perasaan dan sekaligus berkemungkinan terlibat dalam statistik kemalangan jalan raya di Malaysi… Read More
  • Peragut bermotorsikal ditembak dengan bazooka Bazooka adalah nama untuk senjata anti kereta kebal. Ia merupakan sejenis senjata roket pelancar mudah alih, secara meluas dalam peperangan moden. Juga dirujuk sebagai "Stovepipe", inovasi bazooka adalah antara generas… Read More
  • Gajet Hand Free untuk pemanduan yang selamat Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang pemandu kenderaan melanggar peraturan tersebut di atas sekiranya di tahan memandu sambil menggunakan telefon. Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksan… Read More
  • Covid 19 : Pemasangan kawad berduri di Petaling Jaya Pemasangan kawad duri dilaksanakan oleh ATM bermula tengah malam, 9 Mei 2020 di Jalan Othman Petaling Jaya Old Town, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman daripada pihak berkuasa… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan