Apple telah merasmikan iOS 11

Setelah hampir sekian lama menantikan perubahan yang harus berlaku pada sistem operasi iOS, Apple kini dengan secara rasminya telah memperkenalkan iOS 11 kepada umum. Terdapat pelbagai ciri dengan pelbagai fungsi yang seakan menyegarkan pandangan anda apabila melihat iOS 11 ini.

Dengan paparan antaramuka baharu pada Control Center pada iPhone dan anda boleh menyusun tetapan sehinggalah ke multitasking pada iPad, pasti memberi nafas baru untuk sistem operasi iOS setelah 10 tahun dikeluarkan bermula dari iPhone OS 1.0 sehinggalah iOS 10.

Dengan paparan antaramuka baharu pada Control Center pada iPhone dan anda boleh menyusun tetapan sehinggalah ke multitasking pada iPad, pasti memberi nafas baru untuk sistem operasi iOS setelah 10 tahun dikeluarkan bermula dari iPhone OS 1.0 sehinggalah iOS 10. 

Seperti yang dijangkakan, iOS 11 dengan secara rasminya telah membuang sokongan untuk aplikasi 32-bit dan juga peranti 32-bit. Kesemua peranti yang menyokong iOS 11 ialah peranti 64-bit bermula dari iPhone 5s ke atas, iPad mini 2 ke atas, iPad generasi kelima, iPad 9.7-inci terbaru, kesemua iPad Air, kesemua iPad Pro dan juga iPod touch 6.

Adakah iOS 11 sudah boleh dimuat turun dan digunakan? 

Tidak. Bermula hari ini, pembangun aplikasi atau yang mempunyai akaun pembangun sahaja yang mempunyai akses untuk memuat turun dan memasang serta menggunakan iOS 11 ini. Untuk pengguna Public Beta, anda akan boleh memuat turun untuk mencuba iOS 11 pada akhir bulan ini dan bagi pengguna umum, iOS 11 akan dilepaskan pada bulan September.
Kesemua iOS 11 yang anda nampak pengguna lain gunakan ialah versi beta. Bagi yang tidak paham, iOS 11 masih dalam versi beta yang tidak stabil disebabkan ia mempunyai pelbagai pepijat. Bila dah tak stabil, maka akan terdapatlah pelbagai ragamnya seperti kelembatan, aplikasi tidak berfungsi dan sebagainya. Bagi yang degil dan mahu gunakan juga sebab nak ‘show off’, sila tanggung sendiri dan jangan mengajak pengguna lain untuk menggunakannya.
Mahu gunakan versi beta sekurangnya anda perlu tahu penggunaan Restore iOS menggunakan iPSW dan juga cara downgrade. Tidak semua pengguna tahu dan janganlah mengajak mereka untuk menambahkan masalah kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka pula.


Sumber :  Apple User Group (Malaysia)®

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan