Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis


Aliran trafik di semua lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari tadi (21 Jun 2017) namun dijangka meningkat petang nanti apabila warga kota beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Ketika dihubungi Bernama, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dan juga Lebuhraya Pantai Timur masih lancar di kedua-dua arah.

"Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis nanti memandangkan sekolah mula bercuti pada Jumaat dan orang ramai mula pulang ke kampung," katanya. Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

- Bernama

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan