Polis Melaka dikatakan masih menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang
anggota komando ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan
hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis
Shaikh Abdullah berkata polis telah menerima laporan berhubung kejadian
itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.
Wajah terkini mangsa yang sedang dirawat. Manga akan di bawa dari
Hospital Alor Gajah ke Hospital Besar Melaka.
Pada masa sama, Shaikh Abdul Adzis meminta kerjasama mana-mana pihak
yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu
polis.
Akhbar hari ini melaporkan anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang di sini ditemui dalam sungai itu dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.
Mangsa dilaporkan ditemui penduduk kampung dalam sungai itu dan berjaya diselamatkan mereka yang kemudian menghubungi polis. Menurut sumber, di bawah adalah wajah dalang yang terlibat dalam memukul Komando di Sungai Timun :