Dalam negara kita dilanda malapetaka seperti kehilangan dan kemalangan kapal terbang, isu jet peribadi, skandal dana 1MDB dan pelbagai lagi, di dalam kita masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Seperti biasa, apabila sudah dipecat, barulah akan keluar cerita belakang tirai pemimpin tertentu. Video ini memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengakuan mengenai wang berjumlah RM2.6 billion di hadapan beberapa orang yang dipercayai slaah seorang daripada mereka pernah menjawat jawatan sebagai menteri suatu ketika dahulu.
Marilah kita sama-sama berdoa pada tiap sujud dan selepas solat agar Malaysia tidak menjadi seperti negara lain yang dilanda peperangan dan kemusnahan akibat dari kerakusan manusia dalam perebutan kuasa dan semoga Malaysia dan umat Islam keseluruhannya sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.