Pada kali ini saya kongsikan pula resepi mudah sebagai lauk sampingan makan tengah hari atau malam anda, dengan menggunakan bahan dari keluaran syarikat RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.
TELUR REBUS BERDAGING
A: 5 biji Telur Ayam (gred C) - direbus
B: 6 keping Burger Ayam Rasa Panggang Ramly
1 sudu besar Sos Sotong
2 sudu besar Serbuk Roti
1 biji Cili Merah – cincang halus
1 biji Putih telur
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
C: Pewarna Merah
D: Minyak masak untuk menggoreng
Hiasan :
-Tasty Mayo Ramly
-Tomato
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Telur ayam direbus terlebih dahulu, sejukkan dan kupas kulit dan ketepikan.
2. Lembutkan Burger Ayam Rasa Panggang Ramly dan masukkan sos sotong,
serbuk roti, cili merah, telur putih dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit
pewarna merah.
3. Kepal-kepalkan inti ayam bersama telur rebus.
4. Panaskan minyak dan goreng telur, biar garing dan toskan.
5. Hidang dengan membelah telur tadi dan hias bersama Tasty Mayo Ramly dan
tomato.