Assalamualaikum..., salam ramadhan al mubharak...
Bulan Ramadhan kini dah masuk ke pertengahan. Pastinya kita sudah dapat membiasakan perut dengan jadual makan minum yang diet nya berlainan berbanding dengan bulan lain.
Bulan Ramadhan (puasa), selain dari penuh "barakah", juga adalah dianggap bulan yang mendatangkan lebih rezeki terutamanya berkaitan dengan makanan. Di masjid atau di surau yang mengadakan solat tarawih kebiasaannya menghidangkan pelbagai juadah untuk dijamu pada jemaah selepas selesai menunaikan solat berkenaan. Pada bulan ini, ramai yang membuat sedekah pada masjid dan surau bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Bagi "orang bujang" pula, pastinya akan menjadi suatu kegembiraan kerana dapat peluang untuk "makan free" jika rajin ke surau atau masjid. Selain itu dapatlah juga "save" belanja untuk bulan ini. Namun ada juga yang memasak sendiri di rumah terutamanya ketika nak bersahur. Tetapi selalunya menu makanan untuk bersahur adalah "kitar semula" dari makanan ketika berbuka puasa dan makanan tersebut akan dipanaskan semula.
Antara makanan ringkas yang menjadi pilihan "orang bujang" ialah nuggets, jemput-jemput berperisa garam, pisang atau udang, mee segera, roti celup telur yang digoreng, roti bakar atau roti keping yang disapu jem, nasi goreng dan paling menjadi pilihan ialah saki baki makanan ketika berbuka puasa.
Namun apa pandangan anda apabila melihat resepi nasi goreng seperti pada gambar di bawah ini? :
Ada berani...?
**buah kurma digalakan ada dalam menu makanan kita di bulan puasa...