Dalam sesebuah perniagaan, para usahawan perlu menerapkan konsep "cari rezeki" kerana ia lebih kepada praktikal melalui dasar-dasar keIslaman. Terlangsungnya sempadan halal dan haram dapat diambil perhatian yang serius oleh para usahawan muslim bagi menjamin sumber pendapatan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Janganlah hanya kerana ingin segera hidup mewah dan bermegah-megah dengan kebendaan, kita sanggup menggadaikan maruah dengan menjadikan rasuah sebagai perantaraan dengan mana-mana pihak yang berkuasa meluluskan sesuatu "kerja" itu. Lebih-lebih lagi jika ada "orang dalam" atau "kabel" pada organisasi tertentu. Jika kita memahami konsep "rezeki", kita akan redha dan berserah sepenuhnya pada Yang Maha Esa kerana Dia yang akan menentukan lulus ataupun gagalnya sesuatu bidaan projek, bukannya kerana mempunyai kenalan dikalangan menteri al-buaya ataupun "kabel sepaksi" ( istilah dalam dunia komputer ) yang mendorong berlakunya wabak rasuah.
Dengan ini, saya mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan usahawan agar berhati-hati dalam setiap keputusan perniagaan yang akan diambil. Pastikan setiap yang masuk ke dalam kantung pendapatan kita tidak bercampur dengan yang HARAM kerana ia akan menjadi bahan bakar di neraka kelak. Sama juga halnya dengan memperdagangkan perkara yang HARAM seperti perjudian. Tidak kiralah judi itu berlesen atau tidak, kerana ia tetap haram di sisi Islam walaupun kerajaan meluluskan judi berlesen sebagai sumber pendapatan negara...
Jika anda hendak jadi kaya, jadilah kaya yang berIMAN. Maka sekiranya anda telah mencapai status jutawan, maka jadilah JUTAWAN BUDIMAN...
Mencari keredhaan dalam perniagaan perlu diutamakan selain mencari keuntungan. |