Assalamualaikum...
Seperti yang sedia maklum, melalui media massa terpilih, kita mengetahui mengenai satu agensi berkaitan tugas meningkatkan tahap ekonomi bangsa Melayu serta bumiputera dipalit dengan kes pembelian barangan elektronik dengan jumlah harga yang tidak berpadanan dengan jenis dan jumlah barangan tersebut.
Sekiranya dalam jumlah wang sebanyak itu, ia berpatutan seandainya digunakan oleh makmal kajian ahli sains atau bio-teknologi untuk membeli peralatan elektronik yang berkaitan. Tetapi relevankah jika puluhan ribu dibelanjakan untuk membeli barangan yang akan digunakan dalam kerja-kerja pejabat?
Ini membuktikan tajuk artikel yang saya nyatakan di atas sudah lama dan masih membarah sehingga kini di negara kita. Sebagai contoh, sekiranya kita sudah biasa dan "sedap" makan sambal, pergi ke mana-manapun kita akan cari sambal sebagai "lauk" makanan kita...begitu juga dengan rasuah dan pecah amanah. Ia dikuatiri telah "mengjangkiti" agensi-agensi lain yang bersangkutan dengan agensi yang telah terpalit dalam skandal tersebut.
Dalam usaha kerajaan ingin membangkitkan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera, diharapkan segala ketidakadilan, tamak dan lain-lain yang tidak baik segera dihentikan kerana kita masing-masing ada tanggungjawab yang menjadi amanah untuk dijalankan dengan ketelusan. Jika hanya pentingkan "perut" sendiri, maka ketirisan maruah bangsa menjadikan kita bangsa yang paling lemah di cakerawala ini.