Produk kreatif dari pallet dan cabel roller


Nak seribu daya.  Itulah ungkapan yang boleh diumpamakan apabila kita melihat produk-produk yang terhasil dari barangan terpakai dan terbuang seperti pallet dan cabel roller yang selalunya terdiri daripada jenis kayu.

Pemikiran kreatif dan melakukan inovasi terhadap barangan terpakai sebenarnya dapat menyelamatkan alam sekitar dari longgokkan sampah.  Malah ianya juga boleh ditambahnilai menjadi sesuatu produk yang boleh dijual dengan harga yang agak lumayan.
Berikut adalah beberapa contoh barangan yang boleh terhasil dari pallet dan cabel roller.  Mungkin selepas ini anda boleh cuba mengubahsuainya dan laman rumah anda menjadi lebih menarik dengannya :

Mampu menjadikan taman atau halaman rumah menjadi lokasi yang seronok untuk berlepak.


Ruang santai yang selesa dan menarik


Boleh jadi seperti pawagam di ruang tamu


Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia



Saya sedekahkan pahala bacaan surah Al Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 9.40mlm tadi...

Saya tidak dapat bersua berhadapan dengannya tetapi atas izin Allah, saya dapat bertemu dengan Tuan Guru dalam mimpi dalam tahun lalu...

Pada Hadith Riwayat Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074 :

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” 



Suasana ketika jenazah Tuan Guru Nik Aziz sampai ke rumah beliau

Solat jenazah Tuan Guru akan didirikan pada jam 10.00 pagi esok (Jumaat), 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...Allah swt lebih menyayangi mu.... Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia, khususnya di negeri Kelantan Darul Naim.
 



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Dato' Haji Hasbullah Awang meninggal dunia


Dato' Haji Hasbullah Awang iaitu pengulas sukan tersohor di Malaysia yang mengalami komplikasi jantung diberitakan telah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, beberapa jam tadi (12 Februari 2015).

Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Beliau kini bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmad sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. 

Populariti arwah memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. 
 

Keputusan Bola Sepak ACL Play Off : Bangkok Glass FC - JDT


Perlawanan Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015
10 Februari 2015
8.00 malam (waktu Malaysia)

Leo Stadium


Perlawanan ini pasti akan mencuri tumpuan seluruh peminat bola sepak tanahair kerana ini merupakan julung kalinya sebuah pasukan dari negara kita, layak ke pusingan kedua kelayakan di dalam kejohanan ACL.



Keputusan Penuh

Bangkok Glass  3  -  0  Johor Darul Ta'zim


Maksud Pecak lele yang disebut oleh Ajak Shiro


Dalam Maharaja Lawak Mega 2014 dan disaat persembahan kedua dari kumpulan Shiro, Ajak telah menyebut "pecel lele" pada Farah Quinn ketika jalan ceritanya berkisarkan mengenai percutian di Pulau Tioman.

Namun apa maksud "pecel lele" itu ?. Pecak
lele (atau lebih dikenali pecel lele) di Indonesia adalah nama sebuah makanan khas Jawa Tengah yang terdiri daripada ikan keli dan sambal (rempah) pecak. Biasanya yang dimaksudkan adalah ikan keli yang digoreng kering dengan minyak lalu disajikan dengan sambal tomato dan sayur ulam. Sayur ulam biasa terdiri dari kemangi, kubis, timun, dan kacang panjang.

Pecak lele adalah sebuah makanan yang murah dan meriah. Makanan ini sangat digemari di Pulau Jawa sebagai alternatif masakan ayam, terutama ayam goreng. Di beberapa kawasan mempunyai gelaran yang berbeza-beza, di jember biasanya disebut pecek lele, malang menyebutnya lalapan lele


 Video persembahan kedua Shiro di Maharaja Lawak Mega 2014 :




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan